Yang DiSaYAngi

Sabtu, 4 Disember 2010

Benarkah MM Raziff Dipulau Peserta Lain?


Apabila seseorang itu sudah berada di puncak, pelbagai dugaan yang bakal ditempuhi. Lebih-lebih cabaran yang boleh membuatkan seseorang itu rasa tertekan dan hilang arah. Kalau tak dapat kawal, memang boleh jadi gila.

Inilah yang terjadi pada salah seorang peserta Mari Menari yang sentiasa mendapat markah tertinggi baik dari juri profesional dan undian peminat, siapa lagi kalau bukan MM Raziff.
Murai Batu diberitahu, pasangan ini hampir terduduk apabila mereka mendapat tahu ada seorang peserta yang sudah tersingkir telah melemparkan cerita fitnah terhadap Raziff dan isterinya, Alia.

Dengarnya, disebabkan perkara ini juga, peserta yang masih tinggal dan sama-sama berjuang dengan MM Raziff mempercayai kata-kata dusta yang telah dilemparkan pasangan yang tersingkir berkenaan. Siapakah pasangan mulut jahat ini?
Murai Batu difahamkan ada peserta tidak mahu bertegur sapa dengan Raziff dan Alia. Hai kenapa macam tu pulak?

Senang cerita, walau sebaik mana Raziff dan Alia melayan peserta yang tinggal, mereka tetap menganggap pasangan ini sebagai pasangan yang telah menipu dengan memainkan taktik kotor.
Dia orang tipu apa ye?

Menurut sumber Murai Batu, MM Raziff dikatakan telah pun dipulau peserta lain sehingga membuatkan Alia tiada mood untuk bertanding lagi. Ish jangan macam gitu dik..Ini baru sikit.
Dalam pada itu, mengenai pasangan yang tersingkir yang menjadi dalang menyebarkan cerita fitnah ini, rupa-rupanya dia sudah lama mahu memasang perangkap kepada Raziff yang mana sejak dia mendapat tahu pasangan Raziff dan Alia ni pandai menari.
Kalau tak silap Murai Batu pasangan tersebut telah melemparkan kata-kata seperti: "Tunggulah nanti bila aku keluar, aku akan canang satu Malaya siapa engkau sebenarnya,"...ish, ish, ish..dahsyat sungguh kan kata pasangan ini.

Namun, bila difikirkan semula, apakah punca sehingga menyebabkan pasangan ini dan yang lain dengki serta busuk hati dengan MM Raziff? Kalau nak kata pasangan ini ada latar belakang sebagai penari profesional, Murai Batu sama sekali tidak mempersetujuinya.
Yelah...Setahu Murai Batu, selain pasangan Raziff, ada beberapa pasangan lagi yang pernah menjadi penari profesional. Siap pernah jadi penari kebudayaan di Istana Budaya lagi. Kalau tak silap Murai Batu pasangan yang pernah bergelar penari profesional adalah MM Zarin, MM Fahmi dan MM Ariz.

Jadi, Murai Batu harap kepada pasangan yang masih lagi ada dalam pertandingan ini, janganlah anda bermasam muka dengan MM Raziff. Murai Batu tahu semua dalam keadaan tertekan dan mahu menang. Pun begitu, sebagai pesaing..kita perlulah bersaing secara sihat..Itu baru menang dengan ada maruah.
p/s : cian dorang...nak wat camner kalo dorang dah terrer kan...mmmm
x kan kena wat2 x terrer kan...
itu la adat kalo dalam program realiti...semuanyer drama....drama...drama...mmmm

Credit to : MURAIBATU

2 ulasan: