Yang DiSaYAngi

Jumaat, 23 Julai 2010

Pengakuan Bogel Arja Lee Bawa Kepada Siasatan Jakim

Gara-gara kerana kenyataan Arja Lee yang mengakui dirinya memang berbogel di dalam filem '...Dalam Botol', Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat perkara tersebut. Bergantung kepada hasil siasatan Jakim, tindakan yang sewajarnya akan diambil.Keputusan Jamil dibuat kerana berbogel bukan sahaja salah dari segi moral, walaupun ia hanya untuk lakonan, tetapi juga agama dan undang-undang.Jelasnya, meskipun adegan tersebut bertujuan untuk mendidik penonton, namun baginya tiada perlunya untuk berbogel bagi mendidik, apatah lagi bila melihat pada para pengkarya negara termasuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjaya menghasilkan banyak filem tanpa perlu berbuat demikian.Pada Ahad lalu, di dalam artikel 'Ya, memang saya berbogel - Arja Lee', Arja mengakui dirinya berbogel di dalam satu adegan dalam filem arahan Khir Rahman itu. Adegan yang dimaksudkan itu melihat wataknya, Ruby sedang mandi.Dedah Arja, awalnya, dia ada diberikan seluar dalam warna kulit untuk dipakai bagi menjayakan babak itu. Tetapi kerana tidak selesa dengan keadaan basah ditambah dengan buih sabun, dia meminta kebenaran Khir untuk mandi bogel. Tambahnya lagi, kerana penggambaran dilakukan dari sudut tepi, tidak kelihatan alat sulitnya.Tatkala ditanya jika tidak malu berbuat demikian, pemilik nama sebenar Azharudin Ramli ini memberitahu dia memang malu dan diakui juga apa yang dilakukan itu bercanggah dengan norma masyarakat. Ditambah pula sebagai seorang Islam dia tahu "hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat"."Ia berbalik kepada niat dalam hati," jawab Arja sebagai menjelaskan keputusannya untuk berbogel. Katanya, apa yang ingin disampaikan adalah mesej positif iaitu untuk penonton tidak mengikut jejak langkah Ruby yang telah mengorbankan segala-galanya.Filem terbitan dan karya Raja Azmi Raja Sulaiman ini tidak asing kepada kontroversi. Belum lagi melihat kepada pengisiannya, tajuknya, sebelum ia ditukar kepada '...Dalam Botol' sudah berjaya mencetuskan kontroversi apabila awalnya filem itu diberi judul 'Anu Dalam Botol'.Dari segi jalan cerita pula, secara ringkasnya, filem yang dikatakan berdasarkan kisah benar itu mengisahkan tentang kehidupan golongan homoseksual, yang digambarkan oleh sepasang lelaki 'gay', Rubidin dan Ghaus, yang sedang bercinta.Kerana cinta, Rubidin sanggup menjalani pembedahan jantina menjadi Ruby. Tetapi pengorbanan Ruby tidak dihargai Ghaus yang membuat keputusan untuk meninggalkannya.Ruby kembali kepada identiti asalnya, Rubidin dan telah ditemukan dengan seorang gadis, Dina. Mereka bahagia. Tetapi untuk berapa lama apabila Dina dapat tahu Rubidin tidak lagi memiliki kelakiannya?
Aper la nak jadi ngan dunia artis sekarang....bogel sana....bogel sini....mmmmm.....

~ aYu LiTtLe CoTtAgE gIvEaWaY ~


Mmmmmm...Menarik x barang2 di atas????
barang2 ni bukan untuk di jual tau @ di pamerkan...tapi ni adalah hadiah untuk bagi sesiapa member bloger yang join GA yang di anjurkan oleh...
http://ayulittlecottage.blogspot.com/
so sesape nak join meh la g kat sini yee...
so ibu nak tag la...kat...
Mamalyna
My new life
Contest for adamnigin

Apa Nak jJadi Dengan Zaman Sekarang...Astarfirullahhalazim...

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.

Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.


Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian.

“Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan.


“Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

“Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apabila dia sekali lagi mengamuk.

“Lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak dua beranak itu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dua beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah.

Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.

“Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari,” katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki lelaki terbabit yang dipercaya sudah melarikan diri.


Khamis, 22 Julai 2010

Fiesta Kajang 2010 (30 Julai – 1 Ogos 2010)

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan menjayakan booth di Fiesta Kajang bersama dengan SusuIbu.com dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj):

Tarikh : 30 Julai – 1 Ogos 2010Lokasi : http://www.fiestakajang.com/main/page_venue.htmlMasa : 10 am – 10pm

Semua dijemput hadir ke karnival tersebut untuk memeriahkan lagi booth MBfPC. Pihak MBfPC bersedia untuk memberi informasi, galakan dan bimbingan secara percuma kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, ibu-ibu hamil dan kepada kaum bapa khasnya dan masyarakat umum amnya.

Antara aktiviti menarik yang akan dijalankan di booth MBfPC ialah:


- pameran poster dan risalah mengenai penyusuan ibu
- acara kuiz dan tayangan video mengenai penyusuan
- aktiviti hiburan untuk kanak-kanak seperti mewarna, permainan dan sebagainya.
- Untuk aktiviti-aktiviti lain, boleh rujuk http://www.fiestakajang.com/

Maklumat lanjut, layari SusuIbu.com

Mari ramai2 kiter memeriahkannyer..jom..jom....
Semua dijemput hadir pada Hari Susu Ibu nanti di FIESTA KAJANG 2010
!




Menyusu dan Ramadhan



Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan

1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

2. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”

3.Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.

4. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
5. Makan banyak kurma.

6. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

7. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

8. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

9. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.

10.Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.

11.Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.Pam susu sebelum sahur.

12.Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).

13.Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
Ambil milk booster jika perlu.

14.Elakkan terlalu penat.

15.Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.


Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak

Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

BZ tak terhingga....



Arini...22 Julai 2010...walaupun akaun dah panas arini...tp keje still banyak...n yang best 2..tetiba keje jadi bayak lak...dah nak balik pun keje tibe2 banyak...tp yang penting...blogwalking still on...hohohoooo....dah bersepah-sepah meja ni ngan kertas2...dah la 2 , time 2 gak la nak wat spok check perjawatan kat kiterorg ni...mmmm....itu nak ini nak...adoooiiiii pening....
bab kata P.Ramlee....
SELAGI TAK TUTUP MATA...KERJA...KERJA..KERJA...
mmmmm....betui la 2...so sekarang...back t work now...hohohohooh...
opsss....loceng punch card dah bunyi...(wahhh loceng gitu)...hoohoohohoho

syawal vs adam


Nampak x aper yang dorang dua ni lakukan????????
mmmmmmm....ni namanyer MMMEESSRRRAAAA....hoohohoho....
saje la nak snap pic syawal n adam...tapi bukan men susah lagi nak snap...lagi2 si adam 2...mentang2 dah jumpe kaki...asik nak berjalan je...walhal baru setapak 2....pas2 sibuk nak amik kamera...macam tau gn je..hooohho...syawal gak baik...hohohoh(yela x tau lg...dah tau nnt...abis la)....penat ibu nak pegang dorang dua ni...
agak2 tgk dorang dua ni...sama x muka...n yang paling penting...nnt dorang jadi BFF x besar nnt...tapi yang pelik...adam x penah layan syawal klo syawal panggil...wat x tau je...tp yang penting adam mmg suke kaco syawal...pantang syawal 2 duduk diam tau...ade je...


tengok la 2...syawal panggil adam pun..adam wat x tau...tau nak main je.....mmmmm

Rabu, 21 Julai 2010

Renungan : Cara Untuk Menangani Anak

Cukup tersentuh setiap kali membaca entry ibu baca kat AnakkuSoleh.com. Coretan nya selalu memberikan ingatan dan renungan dalam mendidik anak-anak momma. Mekaseh Ummu Solihin. So sebab tu ibu nak kongsi bersama ibu-ibu dan kengkawan ibu yang terjah blog ibu ni...

*
*
1 Cara Untuk Menangani Anak yang Nakal

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bertemu dengan lebih daripada 10 orang kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun, pada waktu yang berbeza, dan di tempat yang berbeza. Saya bermain dengan mereka, berbual dengan mereka, membaca dengan mereka, kerana saya sayang mereka dan ingin belajar sesuatu daripada mereka.

Maha besar kuasa Allah swt yang telah menjadikan mereka sebagai asbab untuk saya mendapatkan pelbagai ilmu dan idea baru, terutamanya dalam ilmu pendidikan anak-anak. Allahuakbar :). Daripada pemerhatian saya yang masih cetek ilmu ini, saya dapati bahawa sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Begitu juga sebaliknya. Seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.
Dan satu berita yang pernah saya dengar daripada seorang alim, setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.

Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?
Langkah #1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.
Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.

Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.

Langkah #2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.
Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.

Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.
Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.
Takutkan mereka dengan azab Allah dan gembirakan mereka dengan ganjaran yang Allah sediakan untuk anak-anak yang soleh. InsyaAllah, bila mendengar cerita-cerita syurga, anak-anak akan lebih teruja untuk melakukan lebih banyak kebaikan.

Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.

Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.

Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.
  • Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
  • Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
  • Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.
  • Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
  • Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.

Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.

Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.

Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.

Cara Mudah Menyegarkan Wajah

Setelah sehari suntuk menjalani rutin harian, anda tentu letih. Bila badan letih, muka anda pun kelihatan kurang bermaya. Andainya anda ada temujanji di malam harinya, sama ada atas urusan perniagaan ataupun peribadi; tentu anda nak muka nampak segar, kan?

Begitu juga halnya jikalau anda seorang isteri. Tentu anda nak sentiasa kelihatan menawan di mata suami. Janganlah hanya cantik bila nak keluar rumah je. Tapi bila kat rumah, langsung tak dijaga. Kalau macam ni, jangan salahkan suami bila dia dah susah nak puji kecantikan anda tue.


Bagi mengatasi masalah ini, ada satu cara yang boleh anda gunapakai untuk menyegarkan wajah pada waktu malam. Iaitu dengan memakai masker wajah atau masker muka buatan sendiri.


Bahan-bahan untuk membuatnya pun ag kmudah untuk dicari. Iaitu;


1. 1 biji telur ayam.

2. 1 sudu teh madu.

3. Beberapa sudu makan susu.


Anda boleh gunakan sama ada susu pekat manis ataupun susu tepung. Oleh sebab saya takde susu tepung, jadi saya la pakai susu pekat sebagai ganti.


Sebelum - Ramuan Masker Wajah

Sebelum - Ramuan Masker Wajah




Cara membuat masker muka ni pula seperti berikut;


1. Anda campurkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan dalam satu bekas.

Boleh rujuk gambar di atas. :)

2. Kemudian, kacau bahan-bahan tadi sampai sebati.


Selepas - Ramuan Masker Wajah

Selepas - Ramuan Masker Wajah




3. Bila dah rata atau sebati, anda sapukan saja ia pada seluruh bahagian muka dan leher.

4. Biarkan ia kering dan mengeras iaitu kira-kira dalam 30 minit.

Oleh kerana saya pakai susu pekat manis, ianya taklah begitu keras. Tapi jikalau ada di antara anda yang pakai susu tepung, harap boleh kongsikannya pada ruangan komen nanti ya. :)

5. Selepas 30 minit, bilaslah masker wajah anda ni dengan air suam.

6. Akhir sekali barulah anda cuci dengan air bersih yang biasa digunakan.


Selepas membuat rawatan muka di rumah ni, saya yakin kulit muka anda akan lebih segar berbanding sebelumnya.




Isyarat untuk anak tersayang


sambil2 g kursus ni..ibu nak bagitahu 1 info yang ibu rasa boleh di manfaatkan pada setiap ibu n bapa kat Malaysia ni kan..mmmmm....
Ni isyarat yang boleh kiter sebagai ibu n bapa guna untuk baby kiter untuk mereka faham akan aper yang kiter katakan pada mereka...mmmm
jadi ibu pun nak gak manfaatkan semua ni pada syawal supaya dapat komunikasi dengan baik bersama si kecil ni...
mari rapat2 kiter tahu tentang info ni...

Bagaimana mengatasi masalah Badan Lesu.




Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha... bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.
Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh... ini tak boleh jadi nih.
Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.
6 tip yang saya maksudkan adalah;

1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki.
Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu' yang sempurna sebelum tidur.
2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan.
Kalau tak silap,
3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil.
Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.
4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam.
Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.
5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu' dan tunaikan solat Subuh.
6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.
Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.
Selamat Mencuba!

WaaHHHHh....Zizie Ezette Mengandung....hebat Bung Mokhtar



Tua-tua tapi hebat. Kagum kami dengan kejantanan Bung Mokhtar. Sekejap sahaja sudah mendapat perkhabaran baik yang isterinya, Zizie Ezette sudah mengandung. Orang lain tunggu bertahun-tahun lama baru boleh dapat anak. Memang sudah rezeki diorang berdua. Mungkin Bung Mokhtar ada teknik yang boleh dikongsi bersama dengan mereka-mereka yang kurang bernasib baik.
Kami percaya yang Bung Mokhtar akan menjaga Zizie Ezette yang mengandung seperti menata minyak yang penuh (betul ke peribahasa nie). Kami doakan agar semuanya selamat. Semoga anak yang dilahirkan gebu dan putih macam Zizie. Mesti comel gile macam mama dier kan nanti...
so mari2la kiter pakat nantikan kemunculan anak baru zizie

Selasa, 20 Julai 2010

MARI RAMAI-RAMAI...RAPAT2...

Arini...ibu ada belaja satu benda yang baru wat ibu...so kepada kengkawan blog ibu syawal yang secara langsung atau tidak langsung...rajin2la terjah blog ibu syawal ni...banyak info menarik menanti anda...jangan lupa tau..
klo kiter meramaikan umat untuk sesuatu info bagus kan...so...mari la kiter...
adios...

KURSUS..KURSUS...KURUS...OPSS...SALAH KURUS YEE....


arini...agak bz ngan kursus..yela nak tambah kursus cukup 7 hari...mmm...klo x kn baca buka lak nak cukup 7 hari 2 kan...huhuhuhu....so kenalah kursus selama 2 hari ni...hohooho...

so...selama 2 hari ni...x dpt la nk meng update blog ni seperti sediakala...hohoho...

yela klo dpt pun tgu la mlm jap g br ok kot...so...

IBU Syawal...Selamat Berkursus....hoohohohh....
mari kiter menghitung hari...nak cukupkan kursus..hohohoho...

Ahad, 18 Julai 2010

CONTEST "GaYAkAn AnAK aNDa!"

arini...ibu x da wat pape..sambil2 jg syawal yg ngah tdo 2...so...ibu pun join contest yg di anjurkan oleh afarqies....
mana la tau da rezeki kan...
so kali ni..ibu nak pertaruhkan model anak akak ibu...slaloo syawal je jd model...
so ni la dier..adam...
time ni..adam tgu mama dier blk keje...jd sementara syawal ngah tdo...ibu pun wat idea jahat..taruk riben hiasan kat atas kepala dier..konon dier la hadiah 2...mana dpt riben 2???mmmm...time ibu ngah pantang lagi pas dpt syawal...jd ramai la kengkawan baehati baik..bagi hanper...so...kirenyer adam ni sibuk...macam dier yg punyer..ibu pun dajalkan dier la...egatkan dier..eehhh...suka pulak...sebijik mcm mama dier...huhuhu...
so klo sesape nak join g la kat sini tau...
cepat duenyer 31.07.2010