Yang DiSaYAngi

Jumaat, 11 Mei 2012

Pernambahan Berat yang Ideal semasa Mengandung

wahhh macam aku lak doctor pepagi ni..kakakka....

aritu waktu pregnantkan syawal...berat aku naik 15KG...
dari 45KG - 60KG waktu bersalinkan syawal....

selama ni ni aku tak menitikberatkan soal berat badan masa pregnant ni...bukan ape...sebab tau diri ini tak la demmookkk mana kan...mmmm....kurus macam papan...kakakak....pregnantkan syawal umo 7 bulan baru nampok peyot tomey2 aku ni..mmmm..

mmg selama aku pengalaman pregnant dari syawal hingga kini...mmg aku riso kan hal HB je..tak da menda lain...sebab selama ni berat aku naik elok N nurse tak la bebel ape2 pasai berat aku kan....

tetibe kali ni pulok aku cuak...Aritu masalah HB...
kali masalah BERAT BADAN...
aku pon tak tau aku makan ape..tapi yang nyata..mmg aku agak kuat makan kan dari sebelom/....ala time syawal pon sam agak...takda beza...tapi kali ni isu berat pulok buat aku cuak...bukan ape...
aku dah banyak kali dok dengaq kengkawan ni yang berpengalaman minum  ni...
AIR GULA...
mmg nampak macam air masak je...tapi pengalaman kengkawan aku yang minum ni,...alahai kembang la tekak tu...ni semua akibat nak detect sama ada seseorang yang pregnant tu ada kencing manis atau tak...org pregnant ni mmg mudah dapat walaupun B4 ni takda sejarah kan..mmmm...

aku cuak gak...nurse N doc pon dah hint2 aku...mmmm....
korang rasa macam mana...pernambahan berat aku dari start aku G check sampai la kini...

14.03.2012 - HB = 10.4  WEIGHT = 50.2KG
28.03.2012 - HB = 10.4 WEIGHT = 49.5KG
12.04.2012 - HB = 10.9 WEIGHT = 50.8KG
26.04.2012 - HB - 11.0 WEIGHT = 52.4KG
09.05.2012 - HB OK WEIGHT = 53.4KG

korang rasa macam mana....nurse start bising waktu 26.04.2012...berat aku naik mendadak sebanyak 1.6KG..hampir 2KG...2 minggu lepas tu naik 1KG...adoi....bila aku publish ENTRY INI
tetibe si UYUN a.k.a CUTEMUM  comment kat  ENTRY INI

aku pon nak jawab pon tak tau...tapi nurse yang check aku ada cakap...yang bila pregnant ni kena naik setiap  0.5KG...setiap kali check...entah la....bila aku G kat pakcik google ni....jumpe la artikel ni...

Penambahan Berat Badan Semasa Hamil

Pertambahan berat badan merupakan satu perkara yang merisaukan wanita yang mengandung. Masa mengandung bukanlah masa untuk anda menguruskan berat badan anda, kecuali anda mendapat nasihat doktor puan untuk berbuat demikian. Sekiranya anda termasuk di dalam golongan orang yang gemuk, cuba kurangkan berat badan anda kepada yang ideal sebelum anda mula merancang untuk mengandung.

Pertambahan berat badan yang sesuai - tidak terlalu rendah atau tidak terlalu tinggi - adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin / bayi. Pertambahan berat badan yang tinggi sebagai contoh akan menyebabkan anda lebih cenderung untuk mendapat kencing manis dan eclampsia.

Persoalannya, berapakah pertambahan berat badan yang ideal? Sebenarnya ia bergantung kepada berat anda sebelum mengandung. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa pertambahan berat badan di antara 10kg sehingga 15kg adalah perkara yang normal. Untuk membantu anda mengawasi berat badan anda, cuba awasi pengambilan kalori supaya keperluan antara 250 sehingga 300 kalori setiap hari dipenuhi. Istilah "makan untuk dua orang" tidak sesuai untuk diikuti.

Pertambahan berat badan sebenarnya bergantung kepada keadaan anda sebelum mengandung: Pertambahan berat badan yang disyorkan ialah:
*Berat badan normal (BMI antara 20 sehingga 23): 11kg sehingga 16kg,
*Berat badan tinggi / gemuk (BMI melebihi 23): 7kg sehingga 11kg,
*Berat badan rendah /kurus (BMI kurang daripada 20): 12kg sehingga 18kg,
*Sekiranya mengandungkan kembar: 15kg sehingga 20kg.

Secara kasarnya, pertambahan berat badan setiap bulan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama mengikut trimester:

Trimester Pertama (Bulan 1 - 3) 1 hingga 2 kg sebulan,Kedua (Bulan 4 - 6) 0.5kg seminggu, Ketiga (Bulan 7 - 9) kurang 1kg sebulan.

Petikan dari
 http://www.salindah.com

so pada aku...terjawab la sudah kot jawapan  UYUN a.k.a CUTEMUM n jawapan dari diri aku jugak kot...mmmmm.....

5 ulasan:

IntaNBerliaN berkata...

sue.. sblm peknen.. even skrg pun BMI sy still lg rendah.. kalu ikutkan apa yg dia tulis dkt ats tu.. berat sy spnjg peknen kne naik 12kg hgga 18kg.. harap2 blhla dpt..

emmm nurse pun gtau sy 0.5 je sebulan.. tp kalu sekilo tu normallah..

tp sue ni, xsmpai sebulan dah naik skilo lbh yer.. sy pun kuat mkn gak.. adehh... sy pun kne jg2 gak la ni...

Falsya berkata...

selim-melim nye mak jemah..kalau dr belakang mesti org ingat x pregnant..;D

eima berkata...

seminggu 0.5 kg..sbln 2 kg..ok la tuh..

ala aku pun naik 1-2 kg sebln ..ok je .. tak dak pun srh minum...hehehe

Cute Mum berkata...

ooo..kiranya kalu uyun still normallahkan..
Masa 3-4 bln naik 2kg
4-5 bln naik 2 kg..

Nini D.. berkata...

dlm byk2 test masa pregnen..bab minum air gula mmg aku tak suka!