Yang DiSaYAngi

Jumaat, 8 Mac 2013

CINTA KAU DAN AKU - adaptasi novel


Salam pagi kengkawan..

pagi ni dok feeling2 cerita semalam...

novel ni mmg ada kat umah aku..al maklum la aku ni pembaca tegar novel jugak ni..
tapi tak leh menang ngan CIKMOT
acik ni kalo ada yang baru atau lama novel tu, janji tak baca lagi..mmg dah rembat 2,3...kan kakak.kikikiki...

aritu abis je citer TRILOGI CINTA kat TV1 tu...

tetibe mak aku bersuara..

mak : ehh ya, minggu depan ada citer baru ganti citer ni..
aku : citer pe..best tak???????
mak : macam best...adaptasi siti rosmizah...apa tajuknyer..ko ada buku tu..
aku : (dah bulat mata)...citer apa mak????
mak : ni buku ni...cinta kau dan aku..
aku : adoii...citer ni best mak...alamak....mmg kena tgk ni..

esoknyer pagi aku nak G keje, alamak buku tu dah hilang..mmg hilang la...hilang dari pandangan...rupanyer mak aku rembat sudah..nak baca dolu B4 tgk citer ni..pon sama gak perangai ngan CIKMOT..
aku sebab dah penah baca kan...so mmg tau la..kikikiki...

adoi...yang bestnyer citer ni, tak sama macam adaptasi mcm novel2 lain..kalo novel2 lain..ada gak menyimpang gak sikit2..tapi citer ni tak..sebijik sejibun la citer dier ngan novel...dialog pon sama ngan dalam novel..mmg terbaik tau..tu yang lagi aku suke tgk tu...

tp tu la pelakon2 dier kureng sikit...

tapi aku!!!!!!!!!!!!!!!!
ada aku kesah.,...kakakkakakak...mmg tak la..janji citer dier terbaik..aku tak heran sangat ngan pelakon tu...

aku mmg suke ngan citer2 siti rosmizah ni..mmg malatop2 novel2 dier...





ni sinopsis citer ni


Mengisahkan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.
Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.
Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.
Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.
Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.
Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu?

credit dari SINI


sekarang tengah running part bekas tunang farish hakimi gedikss datang KL ngan family farish...elok la ko kawan ngan adik farish tu, si farah.adoi....

macam mana aku tekanan, bising2 emo2 terlebey baca novel...macam tu la bila aku tgk citer ni..siap en asbeen pon layan jugak...kakakakkak..sesambil teman aku tgk TV, dier layan komputer baca komik...pastu tgk aku meroyan sikit, mula dier akan tanya..."napa..nape..napa ngan dier"

adoi..malas aku nak citer.kakakkakakkaka



citer ni setiap hari khamis N jumaat sajaa..jam 10.00pm TV1..



p/s : tak sabar tunggu malam ni

11 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

best gak nie

eima berkata...

aku ingat ari tu ni telefilem .. drama rupenye ..s eklai je aku tertgk tu pun sbb bapak mentua aku buka drama tu ... diorg kan ade kat rumah aku melayan budak CP tu ...

ok ok la aku tgk ari tu ... aku tertgk part mak die msk spital tu ... tang kawen belum lagi

♥cikmOt♥ berkata...

hahaha, mu patut jadi farisya...baru meletup...ekekek

Falsya berkata...

nak crk jugak laaaaaaa...

Shima Salleh berkata...

huwaaaa... syok la suami pun layan sekaki. ado geng :)

p/s: shima tak tgok huhuhuhu

Nad MamaZN berkata...

Lama dh tgglkan zaman bernovel novelan ni huhu

wan nurul hezrina abd halim berkata...

nak tgkkkk nak tgkkk..nurul bukan kaki novel tapi kalau ada adaptasi mmg ku suka tgk!hehe

*aah sue paed kat melaka mmg murah..bukan paed jer pakar kulit semuapun murah.ada entri nurul pasal pakar kulit..sbtuh suka ke melaka.

Nora Karim berkata...

tak pernah baca lagi.. rasa nak cari novelnya...

LiYa HaNiF :: berkata...

tk pernah tgk lagi cter ni.. novel ni pun tk pernah baca hehe...

fieda berkata...

lorr..dh abis ke cite trilogi cinta...tak sedor..

IntaNBerliaN berkata...

hihii kelakarlah mak su ni... siap dia yg baca dulu.. ekekke