Yang DiSaYAngi

Selasa, 16 April 2013

Yuran baru taska RM450 seorang



citer ni minggu lepas lagi...tapi aku nak up gak....


aku yang baru baca tajuk pon terbeliak bijik mata haa...gilo ko apo...egat aku gaji banyak..ni pon cukup2 makan joo...mmmmm

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.
Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.

Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.
“Kita akur dengan arahan pelaksanaan kadar gaji itu, tetapi di peringkat pengusaha, kita memiliki kemampuan yang terhad kerana kos semakin tinggi. Jadi dalam mesyuarat baru-baru ini, kita buat keputusan untuk mengenakan RM450 seorang,” katanya ketika ditemui semalam.

Kenaikan itu katanya turut merangkumi yuran tahunan, kadar kerja lebih masa, transit sekolah rendah, tadika dan sekolah menengah.

“Setakat ini, sebahagian besar pengusaha berdaftar di Lembah Klang bersetuju untuk menaikkan yuran,” katanya
.



sumber dari MY METRO


adoii...takmo banyak cakap la...aku yang dua anak ni pon bulan2 kena bayar RM460....laki aku lak bayar untuk hutang piutang kekal yg lain...mana la nak ado duit lagi...


gini tak leh tambah anak la...walaupun tau yang anak tu pembawa rezeki...tapi hati masih rasa takut...no..no..no...jemah "pagar" tinggi tau...jauh lg perjalanan hidup aku ngan izz...


malas nak banyak kata...lu PK rr sendiri..


8 ulasan:

Masya berkata...

huhuhu.. ada juga baca minggu lepas, tinggi betulkan.. itu kat taska.. kalau hantar rumah org .. byr mcm tu rasa mcm nak pitam jap...

Shima Salleh berkata...

aduhaiii terbeliakkkk gak biji mata nih! Kasi kat org cenggitu jer..
Kita yg dok rumah jaga anak sendiri pun tak pernah dpt byk gitu hohohoho

Nurzakiah Hanum berkata...

mahalnya

eima berkata...

mahal ... gile hape .. sekarang ni aku byr RM570 sbb icha murah sikt .. ayim dah belajar RM300... klu dedua mau 900 ..pengsan ... jawabnye rakyat sekarang ni mkn gaji hanya utk byr hutang je la... baik buat cam singapore 1 keluarga 1 anak je ... buat peraturan cam tu ....

Ayu azmir berkata...

mahalnya... manalah mampu bagi mereka yang bergaji rendah....
huhuhuhu.....

Nad MamaZN berkata...

Huhu... Terasa gak mahalnya tu
Dorg wat camni ada pk org lain x ek?
Maksudnya makpak sanggup ke nk bayo byk camtu?
Tgk2 kang, sume anak anto kg jek..

wan nurul hezrina abd halim berkata...

baru nak wat entri ttg nie..tapi nntlah ku buek..mmh tensi mak.anak 2 baru..mau tak nak anak ramai kalau camnie gayanyer?dasat sungguh.perbelanjaan 2014 akan meningkat lagi.baik takyah up gajikan?kan??

Mooniqueen berkata...

mak ai mahalnya??nampak gaya kalau anak 3-4 orang baik benti je la keje jaga anak..lagi jimat agaknya..