Yang DiSaYAngi

Khamis, 20 Februari 2014

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik Bantuan Subsidi RM30 000

Aku mmg dah lama usha baik punya pasai  rumah permataku ni....
pada aku yang kurang berkemampuan ni agak berbaloi jugak la..

setelah di diskusi ngan en asbeen....en asbeen kata boleh la G amik borangnya..tgk la sama ada nama aku atau en asbeen kan..insyallah..mohon je dolu, dapat atau tak, lain citer kan...

nampak sangat semakin keluarga berekembang ni, makin jauh pemikiran ke masa depan kan..macam ni la perasaan dan pemikiran mak aku waktu besarkan anak2 dier kan....



Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik Bantuan Subsidi RM30 000 salah satu usaha pihak kerajaan membantu rakyat Malaysia memiliki rumah yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama. Dengan bantuan subsidi RM30 000 sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban rakyat dengan kenaikan harga rumah yang semakin meningkat naik sekarang ni.

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama
  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  • Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  • Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  • Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Contoh pembayaran Subsidi
  • Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Cara  dan Tarikh Daftar Borang Permohonan Skim Myhome
  • Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
  • Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
so dah deal ngan en asbeen...01.04.2013 jom la kiter zasss ke kem perumahan dan kerajaan tempatan...ni mesti ramai yang beratoq ni nak amik ni kan..jom la en asbeen kiter terjah awai kan...dolu apply PR1MA, tak da rezeki kan...ni try PP1AM pon tak da rezeki jugak...so jom kiter try ni pulok...
semangat ko siap take note tarikh kat kalender tu...

moga ada sinar la untuk kami sekeluarga


credit by : sini

8 ulasan:

izan mama mia berkata...

mg berhasil... ::)

Nad MamaZN berkata...

In shaa Allah...
Usaha tngga kejayaan...

Nurzakiah Hanum berkata...

salam singgah ptg
sory x leh nak komen banyak bz day

Fiza Rahman berkata...

Apply...jgn tak apply ☺

LYAfrina berkata...

y dh beli rmh xleh la kan?

Tanpa Nama berkata...

date ko ni dalah ke betul... ?? 01.04.2013 ke 01.04.2014??

IntaNBerliaN berkata...

InsyaAllah moga ada rezeki sue.. Hubby saya tak nampak gaya dia nak apply pun... takpa, bg kat org lain.. sbb kami dah ada tanah.. ingat nak buat umah kat tanah tu je.. tapi thn bila xtau la.. hahhah

Tanpa Nama berkata...

Says dh pergi nk amek. Boring to jabatan perumahn ckp boring lom Ade.mane satu yg btul ne???