Yang DiSaYAngi

Isnin, 10 Mac 2014

Pray For MH370 - MALAYSIA AIRLINES

 
 
Salam Pagi kengkawan....
 
arini aku nak up pasai kehilangan MH370 malaysia airlines...
tak tahu, mana pergi..kalo betoi terhempas, mana jasadnya, mana bangkainya...tapi yg penting sekarang kiter sebagai hambaNYA panjatkan doa sebnayak yang mungkin untuk mereka penumpang dan anak kapal seramai 239 orang semoga di lindungi dan selamat di sisi ALLAH SWT..
 
jika mereka di langit turunkanlah,
jika mereka di laut timbulkanlah,
jika mereka di darat tunjukkanlah,
 
moga segala misteri MH370 ini bakal terungkai..
 
tp kadang2 rasa bengang , nak tampa lelaju kat segelintir manusia, yang tak penah kenal erti sifat kemanusiaan...boleh kuarkan pelbagai spekulasi, pelbagai komen2 kat FB, egat lawak kot buat komen2 gitoo...ada yang bajet baguih, tahu tentang segala tentang kapal terbang bagai, ada la sebok dok kata terhempas la bagai...jgn la korang2 buat segala spekulasi yang akan mendatangkan perasaan bercampur baur pada waris2 penumpang dan anak kapal...cer kalo korang ada kat situasi waris2 ni apa yang korang rasa..?????peritkan bila ada manusia yang tak berperikemanusiaan  mengeluarkan kata2 begitoo...
 
2 hari ni aku tidoq pon tak lena asik la mengenangkan semua penumpang dan anak kapal tu..apa la nasib dorang semua...sungguh wei, tidoq tak lena...bila setiap kali solat selama 2 hari ni, aku rasa lain je perasaan aku bila solat, terasa ada yang memandang aku solat, minta aku doakan mereka...allah..kenapa la aku ada perasaan gitoo...aku sebagai hambaNYA mampu berdoa semoga selamat di sisi allah swt...
 
 
#prayformh370


2 ulasan:

Zee Suhaini berkata...

tu la sue..kalo bukak fb macam2 cerita ada..paling geram yang dok mengutuk..kaitkan ngan politik pon ada..takde perasaan ke ape?? cer kena kat batang idung sendiri..

Nad MamaZN berkata...

sama2 kita doakan mereka.. :(