Yang DiSaYAngi

Khamis, 6 Mac 2014

Soalan-soalan Popular Tentang ESP

 
Hari ni masih nak bercerita pasai ESP lagi boleh..al maklum la bulan ni ada promo kan..apa salahnya bercerita sikit kan..

 
Berbalik kepada persoalan popular yang sering diajukan tentang ESP. Meh nak share Q&A yang harapnya menjadi panduan mereka yang gojessss di luar sana. Semoga bermanfat dan membantu anda mendapatkan suplemen terbaik untuk keluarga.
 
 

 
Soalan yang sering ditanya mengenai ESP:-

1. Apa itu ESP?
ESP atau Energizing Soy Protein ini merupakan sumber protein yang berasakan sumber soya. Ia dihasilkan daripada soya yang berkualiti tinggi dan ditanam secara organik. Juga, ianya dihasilkan daripada soya non-GMO (Genetically Modified Organism) dan lengkap dengan 9 amino acid yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan sel-sel baru.

Ia didatangkan dalam bentuk canister/tong. Satu tong beratnya 850g. Hampir sekilo beratnya tau!
Boleh dibancuh dengan milo, horlicks, buah-buahan, oats dan macam2 lagi mengikut selera dan kreativiti. ESP lebih mudah larut menggunakan shaker. Jika guna sudu, ia sukar untuk larut dan berketul-ketul.

ALERT:~ Jangan guna air panas untuk bancuh ESP kerana protein musnah pada suhu tinggi.

2. ESP dengan Alfalfa mana paling bagus untuk susu ibu?
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah mengikut individu masing-masing. Juga ikut budget. Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Yang penting, kekerapan penyusuan harus setiap 3-4 jam dan sehingga payudara dikosongkan, barulah peningkatan susu berkesan.

3. Berapa harga ESP?
Harga ESP bagi semenanjung ialah RM150 manakala bagi Sabah Sarawak ialah RM155.

Sekarang tengah berlangsung Promosi BELI 6 PERCUMA 1 (sepanjang bulan March 2014). Bolehlah hubungi saya sekarang untuk dapatkan info lanjut dan harga ISTIMEWA :)


4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
Dengan pengambilan 3 sudu sehari, ESP boleh bertahan sehingga 1 1/2 - 2 bulan.
 
 
 
5. Siapa yang tidak boleh ambil ESP?
Mereka yang mengalami masalah buah pinggang tidak digalakkan untuk mengambil ESP. Ini kerana makanan berprotein tinggi boleh membebankan ginjal.

Sesuai untuk semua:-
  1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP memberi rasa kenyang dan tenaga berpanjangan supaya kekal aktif sepanjang hari.
  2. Mereka yang sedang diet: Kepada kawan-kawan yang nak kuruskan badan, inilah produk yang anda cari!! Ialah bukanlah ubat kurus. Tetapi hanya dengan 3 sudu ESP setiap pagi, anda boleh kekal kenyang hingga tengahari. Elakkan makanan 'berat' sewaktu breakfast.
  3. Ibu-ibu yang menyusu: Membantu ibu-ibu mendapatkan nutrisi yang betul supaya susu ibu berkhasiat serta berkualitu untuk bayi anda. *Ia bergantung kepada kekerapan anda mengepam dan menyusukan anak. Jangan bergantung kepada suplemen semata-mata. Fokus kepada konsep supply & demand.
  4. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  5. Wanita yang nak cantik: ESP membantu menganjalkan kulit serta menguranglan pigmentasi. Jika ambil ESP secara berterusan, parut jerawat akan pudar & keserian wajah terserlah.
  6. Wanita yang dalam pantang: ESP boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin secara c-zer mahupun normal. Ia membantu memberi tenaga dan memulihkan luka bersalin. Jika diambil berterusan, ia membantu memudarkan 'stretchmark' iaitu regangan kulit sepanjang kehamilan/

6. Apa rasa ESP?
ESP Shaklee berperasa mild soya.Resepi ESP boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dan citarasa masing-masing. Boleh klik link ini untuk aneka resipi ESP:

7. Jika order hari ni, bila boleh terima?
InsyaAllah penghantaran mengambil masa 2-3 hari bekerja bergantung kepada kawasan.


8. Jika dah amik alfalfa masih perlu ESP ke?
Semuanya bergantung kepada bajet masing-masing. Alfalfa mempunyai khasiat tersendiri dan cuma bertindak sebaga pelengkap kepada ESP. Antara kebaikan alfalfa ialah memelihara kesihatan dalaman wanita dan membantu keintiman suami ister.


9. Apa kebaikkan lain ESP?
  • Bantu kurangkan masalah gastrik
  • Bantu pertumbuhan sel-sel baru
  • Beri tenaga sepanjang kehamilan
  • Kurangkan rekahan tumit
  • Awet muda
P/s: Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut :)

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda boleh hubungi saya di Facebook page suraya syawal N aqlan atau secara menelefon/ Sms/ Whatsapp ke nombor 0196110448
Selepas confirm order dan pengesahan pembayaran, saya akan uruskan order produk yang diingini untuk anda. Juga perkhidmatan cash on delivery (COD) di sekitar Putrajaya, kajang, bangi.
 
 
Yang penting di sini...ada jadual dan cara pemakanan akan di beri pada mereka yang beli ngan jemah ni....ok..jangan lupa ok...ESP ni THE BEST SELLER tau



9 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

:)

eima berkata...

good luck dear

mekchu berkata...

amboi kamu jemah... dah makin kurang cerita pasal anak2 dah...

dalila berkata...

woww..jemah berbisnes..gud luck ok..moga dimurahkan rezeki n maju jaya..

lieyalatif berkata...

wow kelas gitu ejen shaklee nieh....terbaik punye penerangan hah...lieya dulu mase bf baby mmg consume shaklee nie...susu pekat dan likat....mmg terbaik lah!

Falsya berkata...

Falsya mmg consume..bile wat masker,perghhh, licin muke i'ollsss..ahahaha

Zura@Iwan berkata...

ak mmg now duk amal esp..
alfalfa pon..tk now alfalfa dh abis..
tk de budget nk beli..haha..

Mia Liana berkata...

wahhhh.. bagusnya. siap ada FAQ lagi..

Mimi Azirah berkata...

Wah bagus suraya nih...de soalan n jwpn skali...