Yang DiSaYAngi

Jumaat, 21 Februari 2014

OPis Sejuk Sampai kena Asthma Attack

Salam Jumaat kengkawan...dari pagi BW la jugak korang...tp baru rasa gigih jugak nak buat entry...walaupun rasa mata, badan macam tak larat, penat je rasa..arini rasa berat je...entah la kan....
kire hari ni hari lemau suraya la kan...

moh jemah gosip kepochi ngan korang pasal hal semalam..
kejadian ni berlaku petang semalam di opis...
kat opis ni sejak 2,3 minggu ni sejuk tahap gaban, naik beku la kami duduk kat sini, sejuk dier tu tahap, kena pakai stokin 2,3 lapis, baje berlapis, shawl apa bagai, semua nak balut la kan..dah sejuk sangat...bukan takat tu..kat taska pon sekarang ni sampai semalam la, sejuk la ..kesian kat dorang..bilik paling sejuk kat bilik izz...bilik ni kire bersebelahan dinding dengan unit kewangan tempat aku ni haa,,,

nak di jadikan citer...semalam opismate aku kena asthma attack, sebab terlalu sejuk sangat, sampai muntah2 dier 2 plastik beg, pakai inhaler pon tak jalan...pon sama, makin teruk la...dok semua tgk2 dier...termasuk la aku..jikikikikiikiki..kepochi kan...last2 CC aku call ambulan hosp putajaya, minta amikkan opismate aku...ada la dalam 10min lepas tu ambulan hosp putrajaya datang, siap angkut stecher ke atas ni ha..nasib tingkat 3 je...sebab opismate ni dah tak larat sangat..dah flat abis...

ni pihak pegawai perubatan baru sampai...opismate ni ada kat dalam bilik surau tu..yg sejuk sangat2 tu kat belah belakang san tu...sebelah ngan taska bilik izz tu...sejuk sgt situ..sampai bilik izz berwap2 cermin bilik dier...





memasing yang kepochi sama ngan aku jugak..kikikiki...

ni la opismate aku ni...dier dah la malu2 macam aku ni haa..kakakakkakakak..puiii, malu la sgt suraya ni kan...kepochi lebey ni...


memasing semua nak tgk kan...

alhamdulillah opismate pon dah settle kat hospital semua semalam, settle je dah jam 9.30pm kat sana...juz kena neb, rehat lebey N pihak hosp amik darah...so arini MC...moga next week going be better ye eija/.....

so memasing dah bising opis sejuk...maintanence datang semalam N arini settlekan bab aircond..alhamdulillah arini dah tak berapa sejuk dah macam semalam...semalam amik izz je sejuk membeku tangan dier...syawal punyer kelas kat sebelah dapur ni..ke belakang ni.,....tak sejuk sgt....so so je....

Khamis, 20 Februari 2014

Syawal Sebok Belajar

Tengahari B4 lunch tadi aku di sergah dek opismate aku yg mmg anta anak dier kat taska yang sama dengan syawal..elok pulok anak dier pon satu kelas dengan syawal..org kuat kat taska tu...acer jgn mahen gilerr..kkkakakkakak...
dier rajin turun kat taska tu sebab dier BF mom untuk anak bongsu N anak pompuan tunggal dier yang baru lahir bulan 9/2013..tahun lepas...so dier mmg selaloo tau la apayang kekanak kat situ buat...N yang penting apa syawal N izz buat..aku tak boleh la mahn terjah gioo je bila time kat taska ni, sebab peel anak2 aku tak boleh tgk muka ibu dorang ni, nnt memasing melekat je ngan ibu takmo G taska, dah satu hal...dalam otak dorang ni dah set, ibu hantar pagi, ibu amik petang...syawal pon, nangis pepagi 5min, balik petang senyum lebar..menjerit2...sampai cikgu pon seronok dier tegur...tp opismate aku ni, anak dier jenis tak kisah ngan dier, ok la kan..senang la dier nak ke sana selalu kan..penah jugak la aku mengendap syawal, tp ramai budak, mana nak perasan mana satu syawal kan..

so citer pagi tadi sebenarnya....
syawal sebok buat apa tu..khusyuk je rasa tgk dier...


mmg khusyuk benar tu, kengkawan mahen2 kat belakang pon tak heran, tak da rasa nak join sekali pon..tak pe sayang..fokus ngan keje ok...jgn tido dalam kelas tau..aritu dalam bulan lepas cikgu ada bagitau syawal tido dalam kelas...jenuh la aku dok PK, tidoq lambat ke..setahu aku syawal ni tidoq lambat hari jumaat dan sabtu je, sebba tau esoknya tak sekolah..tp hari lain, mmg aku dah set, paling lewat jam 10pm, semua kena masuk tidoq, termasuk la abah dier..kang kalo dier tau abah dier tak tidoq lagi, sebok nak kuar...tidoq si syawal ni nak berpelok ngan abah dier..ngan aku dier banyak main, nak usik2 hidung la, mata la, bibir la, rimas lak aku....ngan abah dier, statik gitoo sampai la lena, baru abah dier lepaskan pelukan tu...

ni la anak opismate aku ni...ajim..aku suke nyakat dier N aku selaloo ajak dier kawan ngan syawal..dier mmg cakap depan aku takmo..last2 bila aku nampak dier yg teruja mahen ngan syawal..bila aku datang amik syawal, dier yg excited terlebih makan gula kot, panggil syawal sebab aku dah datang...dier jugak la sebok la rajin sangat nak tolong syawal amik beg bagai...poyo je ajim tau...kedekut lak tu ngan aku kalo aku minta donut...kikikikikikikiki...tp bila selaloo aku cakap ngan dier kawan ngan syawal, dier ok, dier mmg akan selaloo kawan n main ngan syawal...

syawal ada lagi sorang kawan nama mia..mia ni mama dier opismate aku jugak...syawal suke la panggil mia ni, mioeww...bila aku betoikan tetap bunyi mieoww...sabo je la...mia penah ngadu ngan mama dier..
"mama..mia nak kawan dengan syawal, tapi syawal selaloo buat tak tahu je ngan mia, macam mana mia nak kawan ngan syawal.."

kikikki...sweet je..mia ni jugak la yang selaloo akan panggil syawal pepagi bila syawal datang nangis2 tau..mesti dier akan jenguk kat pintu kelas N panggil.."syawal...syawal"

mia yg duduk sebelah ajim, yg rambut mcm mee maggi, cepat di masak, enak di makan..kikikikiki


gambar ni buat aku rasa touching n sebak je tgk muka syawal...gaya banyak masalah tau..jgn PK sgt syawal..biar ibu je PK kan semua tu yee
rasa windu pulok dengan syawal...

khusyuk mewarna tu...
tapi satu la aku cuba perbetulkan...cara dier pegang pensil..gitoo la gaya dier...macam mana la aku nak ubah ni,...any idea my frenz...????????

yang pandang kamera tu bukan mia tau, tu org lain...takda la pulok mia kat sini, nampak ajim yg khusyuk sampai senget kepala mewarna N aina yang baju biru tu...aina ni mama dier opismate aku jugak..kire baik la jugak tapi lain unit....dier pon aina ni ringan tulang..rajin la, suke berebut ngan mia nak amik beg syawal bila syawal datang, waktu umur dorang 3tahun, tahun lepas....dorang la tolong cikgu, bukak beg, amikkan baju n susu letak kat loker syawal semua...rajin demo ni..untung la syawal di layan bagai raja kan..kat umah idok la ye syawal, kamoo kena tolong ibu jugak tau....

yg tu la cikgu azza dorang ni, garang tau, tp lembut..suke...kalo takda dorang, tak tau la anak2 aku ni camno..dengan peel syawal kuat drama swasta pepagi ni kan...nasib la ada cikgu nak melayan, kalo tak, jgn harap la...

syawal doa ibu moga kamoo sentiasa menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik ye syawal....


"maka kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu : dan masing2 (dari mereka berdua)kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) : dan kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah kami berkuasa melakukan semuanya itu..."

surah Al-Anbiya : 21:79

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik Bantuan Subsidi RM30 000

Aku mmg dah lama usha baik punya pasai  rumah permataku ni....
pada aku yang kurang berkemampuan ni agak berbaloi jugak la..

setelah di diskusi ngan en asbeen....en asbeen kata boleh la G amik borangnya..tgk la sama ada nama aku atau en asbeen kan..insyallah..mohon je dolu, dapat atau tak, lain citer kan...

nampak sangat semakin keluarga berekembang ni, makin jauh pemikiran ke masa depan kan..macam ni la perasaan dan pemikiran mak aku waktu besarkan anak2 dier kan....



Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik Bantuan Subsidi RM30 000 salah satu usaha pihak kerajaan membantu rakyat Malaysia memiliki rumah yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama. Dengan bantuan subsidi RM30 000 sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban rakyat dengan kenaikan harga rumah yang semakin meningkat naik sekarang ni.

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama
  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  • Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  • Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  • Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Contoh pembayaran Subsidi
  • Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Cara  dan Tarikh Daftar Borang Permohonan Skim Myhome
  • Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
  • Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
so dah deal ngan en asbeen...01.04.2013 jom la kiter zasss ke kem perumahan dan kerajaan tempatan...ni mesti ramai yang beratoq ni nak amik ni kan..jom la en asbeen kiter terjah awai kan...dolu apply PR1MA, tak da rezeki kan...ni try PP1AM pon tak da rezeki jugak...so jom kiter try ni pulok...
semangat ko siap take note tarikh kat kalender tu...

moga ada sinar la untuk kami sekeluarga


credit by : sini

Suraya Gigih Bersilat Di Dapur Demi Suami dan Anak2

Salam khamis kengkawan...
korang percaya la jemah boleh bangun pagi buat bekal untuk kami berdua ni..serius speechless, suraya boleh buat ok..

yang penting siapa yg kenai siapa suraya...suraya sebelom kawen, buat main M dier beso...mak selaloo bising, M beso nak basuh baju, masak, tak yah citer la dolu time anak daro, mmg M tu terlebey beso, tunggu mak masak, baru jemah makan, serius jemah mmg pemalas meh...

tapi tu la bila dah kawen ni, ni semua automatik mood malas tu swing menjadi mood binik2 gitoo kan...sebab dah ada suami, ada tanggungjawab situ...so aku dapat rasa perasaan mak aku macam mana handle aku dolu kan..sehingga kini, pantang la tgk rumah sepah, baju tak berbasuh, baju tak bersidai, tak berlipat, tak bersusun, tak di iron..macam2, rumah tak di sapu kan, makanan tak siap2 lagi, banyak mulut nak di suapkan ni kan...

mmg totally suraya yang dolu sudah tiada...alhamdulillah aku masih boleh pikul tanggungjawab untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik...

hari ahad lepas punyer citer..
memandangkan en asbeen take turn ngan aku memasak, so tengahari tu agak senang sikit, semua kerja settle, sampai tidokan anak2...en asbeen masak mee bandung ahad tu..so banyak keje dah settle...makanan untuk dinner selesai di masak pada petang ahad tu..serius weiii rasa macam pose pulok..jam 7pm kami sefamily dah makan tau...
kan..rasa macam bulan pose pulokkan..jam 6pm dah settle kan...
siap masak brokoli goreng, my fav veggie+ayam masak sambal serai+ayam goreng berempah untuk anak2...
mmg dah niat, konon nak pose seminggu ni, tp en asbeen kata
"tak pe la, bawak bekal je la...tekad bangun pagi hari"

aku pon mula macam dok PK, 
"boleh ke aku nak bangun pagi..kang setan mengatasi niat baik aku ni haa.."

alhamdulillah boleh jugak aku bangun pepagi, masak nasi goreng, bersilat bagai dengan beehun sup, macam2..serius aku tak sangka tau

ni menu ari selasa aritu...

ni menu semalam 
sup sayur+nasi putih+telurdadar gulung+ayam goreng
alhamdulillah kenyang...

pagi ni jam5am, macam biasa, alhamdulillah allah beri kudrat kat aku untuk menyelesaikan tanggungjawab pada keluarga aku ni,,,terima kasih allah...

so pagi ni agak yang membuatkan aku tak sangka abis2 tu...
yang aku boleh masak nasi pepagi, masak sayur bagai, yang paling tak menyangka yang aku boleh buat semua benda ni, aku boleh masak kari daging weiii pagi ni...

pada aku masak kari ni agak heavy jugak kan, memerlukan masa yang baik untuk menjadikan masakan yang baikkan...aku ni bukan seorang yg terrer campak2 bagai kan...kalo rasa nak cepat, mmg tak menjadi la masakan aku tu..serius aku cakap..nak masak, mmg aku tak boleh PK tak sempat bagai, jangan tgk jam, masak dengan tenang..insyallah masakan aku mmg ok...tak cincai bocai...

aku ni bukan pro mana pon masak...serius aku mmg tak berapa sangat bagi org makan, makanan aku, sebab aku tau aku masak, bukan sesedap mana pon...kalo tak, tak da la setiap kali aku masak, aku akan tanya soalan yg sama kat en asbeen
"abg..ok tak lauk saya arini..??????????"

sebab aku tau tahap kepakaran aku memasak camne kan...en asbeen ni pro meh dari aku..itu aku akui tau.....

tgk sebelah kiri untuk break1st, sebelah kanan untuk lunch..alhamdulillah siap dalam masa sejam setengah..siap packing bagai...

ni beg untuk bekal aku arini...

ni la break1st aku pagi ni...roti telur+TMS(the milk Story)...minumam tambah susu..


untuk tengahari ni..

abiskan brokoli kat umah ni dengan nasi putih N kari daging...

aku thumb up n tabik spring pada lieya latif yang pepagi bersilat keluntang keluntung kat dapur pepagi, gigih siapkan bekal bento untuk anak2 tau...tu yg aku kuat pon sebab lieya latif jugak...pada aku, aku PK, kalo dier boleh, nape aku takkan..lagipon 2 mulut je pon nak makan...lain la tahun depan bila syawal masuk tadika tahun depan kan...

insyallah minggu ni mmg bekal sahaja cerita..adakah bila gaji minggu depan, aku dah tak berbekal lagi..insyallah aku akan cuba kekalkan tahap prestasi aku gini...
en asbeen pon kata..
"suke saya awak rajin buat bekal...kengkawan opis saya pon perasan say asik bawak bekal pepagi.."

yang aku tak sangka tu, en asbeen nak pulok bawak bekal jugakkan..sebab aku tau org laki ni lebey suke makan kat luar ngan kengkawan dari bawak bekal kan...so aku cukup suke bila pepatng aku balik keje, nak basuh bekas makanan en asbeen, mesti licin..tu yg aku suke sangat N bertambah semangat tu..demi en asbeen jugak..yg selaloo balik tengahari  makan kat rumah...

bangun pagi tadi, aku kejut en asbeen mandi..aku cakap kat dier..
"dah bangun mandi...saya nak rehat sat..penat saya bersilat kat dapur..saya masak kari daging untuk awak lunch arini.."

terkejut dier dengan muka blur terus kasi kiss kat PP tau..cakap..
"terima kasih sayang..baguih la buat kari.."

"aku cakap...yela..awakkan suke saya buat kari ikut resepi NAD tu.."

yee..dier mmg suke..so pepagi en asbeen sebok mandi, aku sebok baring2 jap ngan anak2 sambil tgk dibo n the gift dragon...


Rabu, 19 Februari 2014

Respon Cucu2 bila Jumpe Maktok

Setelah 2 minggu  la jugak anak2 ni tak jumpe maktok dorang...
si syawal tu boleh pulok sebok dok memanggil2...ketuk2 bilik maktok yang tertutup rapat tu...
"maktok..maktok..maktok..."
si adik pon apa lagi menyebok la jugak..mengetok, ikut abg dier kan...


mana ada maktok sayang...maktok balik kampong jaga tok nek...
mak aku balik taiping umah makteh aku, jaga tok aku sebab makteh aku mengerjakan umrah selama 2minggu..start dari raya cina aritu la..kire last anak2 ni jumpe maktok dorang 29.01.2014 bersamaan hari rabu..tu la last..sebab lepas kami dah kluang, mak aku zass ke taiping...so selama mak kat sana pon, aku je la rajin call, tanya bila balik...windu ke..windu la jugak, tapi takmo cakap kat mak..kang dier kata aku poyo...hahhahahahhahaha...

tapi ayat yang lebey dier tanya bila 1st jawab soalan aku..
"nape tanya..ada org nak order kuih ke..??????????"

kuih sajoo di ingat maktok ni...mentang2 la sampai ke sana org call carik dier...
untung la...

so selepas selesai mak teh kerjakan umrah, dier balik hari ahad, so mak aku balik sini isnin malam, sampai putrajaya selasa pagi..so kekanak ni dapat jumpe semalam petang la...

bila aku bukak pintu umah, aku nampak kunci mak tersidai elok kat tempat kunci tu, so mmg tau la yg mak aku da balik...time tu mak aku baru lepas mandi...sekali maktok dorang ni keluar bilik air....aku pon panggil syawal N izz...
"awal, izz...maktokkkkk....maktok...."

syawal yang sebok dok simpan kasut dalam lemari...tetibe muka terkejut...terus berlarik...nampak je maktok...adoiii...korang tau dier buat apa...

dier menjerit sekuatnya..lepas tu dier berlarik pusing keliling rumah....adik pon ikut sekali jugak berlarik keliling rumah, berapa pusingan tarak tau....punya la excited sebab maktok balik ni...maktok ni dah gelak2 dah tgk dorang...maktok duduk je, terus semua datang panjat2 maktok..syawal la menjerit2..
"maktok..maktok..."

sambil gelak2..amboi suke...memasing semua cium pelok maktok....
 budak yang excited sangat bila nampak maktok balik semalam...


 aku cakap ngan mak aku..
"gini gaya nak terus duduk sungai petani..baru 2 minggu...cucu2 dah sebok menjerit suke jumpe maktok..."

suke la mak...lagi2 bila aku citer dorang suke ketok bilik mak...lagi la senyum lebey mokcik sowang ni...
punyer suke tak kire la syawal tu...mmmm...

selepas tu bermula episod bilik maktok di masuki dek kekanak kecik ni tau..suke la megikut maktok masuk bilik..bukan buat apa pon..saja duduk2..N punggahkan barang maktok..bilik maktok korang tu, carik barang pon tak jumpe..banyak sangat dah barang..kikikikiki...
budak yang suke bila pagi2 kuar dari bilik, G kat ruang tamu dapat menyendeng kat maktok, minta makan...ni la budaknya...cukup suke la pagi ni dapat main sepak bola ngan maktok..


alahai...

aku lak dok PK...ni kalo mak pindah ke sungai petani terus, mau la dok ingat selaloo anak2 ni kat maktok dorang kan

Suraya Yang Selengge sepanjang Menjadi Ahli Koir KPM

Salam Pagi kengkawan..

pagi ni opis sejuk..adoiiii ..sampai ke tulang rasa ni..macam mana nak G negara sejuk2 ni..kikikiki...ok suraya berangan itu percuma ok...belum tentu lagi dapat G..kikikikikiki...

arini nak citer pasai aku sepanjang menjadi ahli koir KPM ni..
macam2 suke duka sepanjang aku dalam gruop ni..penat, sakit tekak, batuk, selesema bagai..macam2...tp tu semua kengangan kan...

macam2 la aksi n muka selengge aku sepanjang aku bergelar ahli koir ni kan...
sekarang pon mcm dah tak da nak di panggil lagi je..entah la...biar la...malas layan org dah tak nak koir ni kan..terkubur saja la begitooo....

korang tgk la muka selengge kawan korang ni yee..aku sendiri tgk pon rasa macam adoi mana izz tak ikut perangai aku..sebab waktu ni aku mmg pregnantkan izz...
 waktu ni tak tau yang aku ngah pregnant..seminggu lepas tu baru tau..ko punya havoc tak egat kan....
dengan mulut burung..rasa nak tampa je muka kan...kikikikiki.,...

 no auta..
no miming..

mmg real nyanyi tau...ikut piching tau...ikut starkato, ikut vibreto, ikut harmoni, melodi N serprano tau...
tapi aku bahagian melodi..ada sikit2 la bahagian harmoni...
luas benar mulut aku kan....macam luaskan kuasamu..luaskan mulutmu..kakakkakakka...


 feel..muka pon selebet...


ok makan time....
nampak gelojoh kan...kak lyn kat sebelah tu pandang je..kikikiki...mesti dalam otak dier...
" sengal si suraya ni"

tapi lepas tu dalam bulan dua tak salah aku ada lagi koir..untuk pehimpunan bulanan kat opis ni haaa
 muka yang sama ...sebab bahagian aku paling ramai yang join jadi ahli koir KPM..dari dolu lagi...

dah beratuq macam tangga sudah....
tak lama lepas tu bulan 3/2012 aku ada join kursus kat JB....
korang tgk la aku haa...waktu melawat ke sekolah seni JB ni...havoc mengalahkan bebudak kat situ...kakakkakaka...tu lebey pada suraya senget kat situ..mahen2 banyak ni...
 haa...nampak...org pon naik risau aku ang ngah pregnant 3 bulan time ni..gaya macam tak pregnant je kan..


 tetibe nampak pulok perut aku kat situ kan...kikikikiki


pada aku satu je...yakin dengan diri dan kandungan..PK yang org pregnant no pasif, being active..ok tak..aku mmg tak da la sangat menjaga waktu pregnant...aku lebey pada beringat yang aku pregnant N aku akan kekal aktif n jadi lebey pada diri sendiri..kalo sengal..mmg kekal senget sengal di situ kan...tp still berjaga,....

aku egat lagi waktu aku pregnantkan izz 6 bulan, kengkawan ramai yang bising sebab aku join senaman 1murid, 1 sekolah...nape nak marah..kesihatan kot..bukan aku melompat terkinja2 bagai pon..dah kata senamrobik...so tak la terlalu laju sgt kot stepnya...tu pon nak marah, nak kepochi bagai...nasib jugak la bebudak opismate yg satu unit ni kata...
"korang ni paham la suraya tu macam mana, bukan reti duduk diam, biar la dier pregnant dier nak aktif..dah mmg sebelom pregnant dier mmg aktif..yg korang nak bising nape..apa2 jadi biar la dier tanggung..kiter doa dier selamat dah la"


tgk aksi aku ngan jemah ni waktu bas rosak kat tepi highway  waktu on da way balik dari johor..tak salah kat kulai rasa ni...

aku mmg suke sangat ngan pic ni...

nampak kan gaya selengge kat situ..buat perangai kan...bas rosak, korang buat hal kan kat tepi jalan ni...


ni pulok 2/2013....lepas 5bulan aku bersalinkan izz...still join koir..waktu ni ada perform kat KLCC..untuk majlis sarana ibu bapa, sekolah bawah KPM...macam tu la...waktu ni still pumping n BF kan izz tau...


adohai selengge sungguh...
akak sebelah tu kak fiza...ni geng gosip jugak ni...aku pas baton, kasi dier pulok..dier baru 2 bulan pregnant time ni...

nampak muka dah elok2 make up...boleh pulok di taruk cekak tu kat kepala...

ok ni paling rasa nak tampa laju2 si suraya ni kan

sama tak kasi...
suraya N suria...
dia la kakak yang mmg mengajar aku mula2 aku masuk keje dolu...

pingitan ke...puiiii...sangat..dalam toilet pon menjadi kan demo ni..

terinagt je zaman2 selengge, senget, penat menyanyi, hafal lirik bagai kan....
tu semua kenangan/...bila la nak melalak lagi ni

Selasa, 18 Februari 2014

Bekal Lunch Arini

salam kengkawan..
arini lunch apa je...

aku mcm kat entry di kala jam 5am tu...aku mmg dah niat nak bawak bekal..sampai bila, tak tau...yang penting en asbeen n aku dah decide berbekal la kome this week yee..


 so ni la bekal beg yang menemani aku sepanjang 2 hari ni....
pakai paper beg opis je..sonang....

ha...ni la bekal aku...
ala aku masak pon simple dimple je..tok sah nak merenyahkan diri suraya..ingat, kamoo tu bukan hebat sangat masak, lain en asbeen kamo..dier masterchef kamoo kan..zas..zas..zas....tau2 siap....

aku mmg banyak bekal gini...bekal gini, kalo ada majlis bicara wahyu, kursus bagai, ada sediakan makanan, mmg aku akan simpan bekal ni...so kegunaannya gini la...bazir membuang kan..elok tu bekalnya..boelh asing2 kanlauk..tak yah nak sekali2 ngan nasik kan....

haa... ni la bekal aku...

nasi putih sama sayur brokoli campur, sama ayam masak merah...

alhamdulillah kenyang..mata pon dah layu..nak ZzzzZzZZzZZzzZzZ jap boleh...sunyi sepi opis..memasing kuar..moh ler mengeroh....

dari pagi asik nasik....so malam ni dah request kat en asbeen nak mkn mee goreng..kot kalo aku rajin, aku masak...kalo udah M beso, maap la..en asbeen, awak terrer masak kan..kikikikiki....tp tak pe, perkara yang paling en asbeen ni paling rajin dalam rumah ni adalah memasak...

cukup la hanya en asbeen N anak2 penah rasa N tahu masakan aku bagaimana...bukan takmo masak untuk org lain...tp no self confident ...gitooo ko...tau sebab diri ni tak sehebat mana pon...cukup untuk my little family ni jee..

 esok punyer bekal...malam ni PK...yang penting kat umah hanya ada daging n ayam sajoo...



p/s : dah kanyang makan...tetibe rasa nak makan coklat pulok...adoii..sengal suraya

Dah Lama Tak Tulis Jawi

Tadi aku dok la BW kat blog2 kengkawan aku ni kan...

sekali tengah syiok aku dok BW... aku tgk blog ina@intanberlian...

ina banyak dok cerita pasai doa...yang aku aku terpanggil nak buat entry ni sebab aku terperasan ina ada kata yang ada ayat di surah yasin ayat 82 untuk doa segala hajat...

aku jadi terpanggil untuk tgk balik surah yasin yang aku simpan kat dalam drawer ni...

ni la ayat dier...alhamdulillah mmg aku hafal ayat 82 ni..sebab tau ni ayat penghabisan sebelom ayat 83 kan...so mmg mudah nak hafal la..

lagipon, moga kalo ada apa yang di hajati dalam hati ni boleh guna doa ni..moga2 allah mendengar doa kiter N memakbulkan doa kiter ni ..alhamdulillah..itu dah cukup bagus kan...

bila tgk tu..mula nak simpan ayat ni..mana la tau, kadang2 manusia ni pelupa kan...so aku pon salah sowang kan...aku pon tulis N letak kat depan aku ni...

lama jugak aku tak berjawi ngan jari jemari aku ni...mmm...rasa lain sikit..parkinson sudah....tapi alhamdulillah tlisan aku masih ok macam dolu..moga boleh di perbaiki lagi...
percaya la korang yang kawan korang ni dolu sekolah agama..caya tak..lama2 kenang, macam tak percaya aku dolu Ex sekolah agama kat kedah dolu....



p/s : ok la bai..lapar..nak makan




Di Kala jam 5am

Salam selasa kengkawan...

pagi ni lambat sikit up citer...
Bz nak mendedikasikan diri dengan kerja ni..puiiii..dedikasi la sangat kan...

ok la tu puji diri sendiri..tp so far keje tak banyak..nak dedikasi apo lagi ni..makan je la tahu kat cubicle ni...suraya dan makanan mmg tak boleh di pisahkan....

ok berbalik pagi tajuk di atas...
pepagi ni bangun awal pagi...dah 2 hari begini, sebab BZ siapkan bekal..bukan untuk anak2...anak2 dah siap2 ada break1st kat taska..so tak la risau mana kan...ni bekal untuk mak pak dier...al maklum la gaji minggu depan...duit pon makin lama makin nipis..baru nak hidup kan..anak dah dua..banyak keperluan dari kehendak yang perlu di berikan...so inisiatif en asbeen kata..
"bawak bekal, jimat..minggu depan gaji..."

kikikiki..yela en boss..SYMP ok...
so mula bersilat jam 5am di dapur..nasib jugak la aku ni jenis dah siap bahan awal2, so tinggal campak2 je..

pagi ni sempat la siapkan nasi goreng daging cincai bocai break1st untuk aku N en asbeen...untuk lunch aku dah siapkan...sayur fav aku...brokoli goreng N ayam masak merah...siap laju aku masak nasi 2pot tau...giler kentang aku boleh buat semua tu...sampai jam 6am..so bekal untuk lunch hanya bekalkan untuk aku sebab en asbeen dier rajin benor balik umah sekangkang kera ngan opis ni... so siap2 semua..juz pesan ngan dier sebelom dier kuar umah tadi N jap lagi call..
"abg jgn lupa panaskan lauk pauk n nasi ok.."

benda dah jadi rutin aku akan pesan kat en asbeen walaupun tahu benda tu dier akan buat...
so sementara dah siap2 tu...

tetibe terpandang la pulok kat dinding2 ni....
1st gamba family yang aku buat...masih tergantung elok at dinding ni...

tp bukan satu ni je..makin lama makin bertambah...makin lama makin tajam pandangan mata en asbeen kat aku...mana taknya...makin lama makin banyak frame kat umah ni..katanya..
"umah tumpangan je sayang..nnt ada umah sendiri..setiap ceruk, mana awak nak gantung, gantung la..."

bila nak dapat umah baru tu...nnt la ada rezeki tak ke mana kan...en asbeen cakap gitoo..sebab dah menjadi tugas dier...dier akan drill dinding sana sini...tu tajam je pandangan kat aku tu..kaco rehat dier..ikikikikikiki.....


tadaaaaa..yang paling latest yang gambar berempat tu...tak gantung lagi...terdasai kat situ..en asbeen ni tunggu banyak2 baru dier nak mendrill..kalo sikit2 ni idok la..sebelah mata pon tak pandang..kikikikiki...

macam2 saiz kan ada...insyallah lepas ni mungkin akan tempah lagi kot..mungkin untuk raya tahun lepas n tahun ni mana la tahu kan..insyallah...semua ni aku buat ngan 
AIRISWALLDECO..

servis best, senang deal, paling best hasil kerja yang memberansangkan...banyak kali dah aku order..order untuk kengkawan pon dah buat jugak..



terimakasih atas jasa AIRISWALLDECO


p/s : tak da keje kan pepagi buter sanp gamba kan...sementara tunggu nasi masak..kikikikiki

Isnin, 17 Februari 2014

Muka org banyak Akal di pagi hari

Budak tecik yang sememangnya banyak akal tau sejak makin lama makin nak membesar ni kan..

jom kiter listkan..banyak tak..ke tak banyak mana pon...ibu dier je poyo lebey nak banyak2 kan...
* budak yang dah pandai demand
* budak yang makan banyak..suke benar menyendeng kat org tengah makan..pastu mengadap makanan, sampai org yg nak makan tak nampak makanan, nampak kepala dier je dok tunggu mengadap makanan..tunggu org suap la tu...
* dah pandai demand susu...tak menyempat..di mana sahaja...kat situ jugak die  nak menyelak...pastu bila ibu dier baring..baru baring..tak dan2 dier terus baring n menyengih kat sebelah.tau dah tu...
* kalo berak..tak mengaku..marah bila org tanya dier tau..cepat2 geleng N marah org yg bertanya...padahal tengah buat hajat kan...kalo dier buat hajat tu, jgn di ganggu..nnt dier meraung, satu rumah dengar..dah settle tu, dier boleh gelak2 muka tak bersalah tau...
* kuat merajuk sekarang ni...cara merajuk..kalo kena marah...mesti dier menonggeng N sembamkan muka ke lantai n nangis poyo sambil rapatkan jari jemarinya ke mulut..nangis la tu, minta simpati...
* kuat gaduh N berebut ngan abang dier...
* kuat berlakon...(ni abah dier kata lebey ikut si ibu)...dok main2 abg dier tolak dier sikit je bila nak tgk kartun, mesti dier meraung macam kena pukul teruk je ngan abg dier..berlakon lebey ni dier..pandai auta kan...
* suke n alert sama bird...ibu n abah tak nampak pon..dier yg nampak dolu bird tu tau...kalo bird yg dalam video ke hape, dalam buku ke tak mo tengok..nak tgk yg real jugak....
* suke menyorok dalam laci baju 

yang ni paling latest ko...
jap aku kasi up...

ops...muka org buat hajat..tak m di ganggu..tp mamarazzi datang bertandang..muka poyo tak mo pandang ibu tau...sweet..geram dengan izz yang banyak akal ni...

ni dier...tgk....dier yg bukak laci tu, dier yg naik..pastu tak  reti keluar...lama menjerit...last2 boleh jugak keluar sendiri..pandai pon kan....


macam2 la peel dier sekarang kan....
kamoo nak adik tak dik...nnt la yee..tahun depan ok..kikikikiki

Serigala Jahat i'm Coming @BIGBADWOLF2014

Sabtu lepas....dah deal ngan en asbeen nak G bigbadwolf2014 ni kat MIECC..dah lama tak jalan gak kekdahnya kan...elok lepas en asbeen balik je dari OT..memasing siap mengeroh ada la dalam 4,5 jam..yang lama sangat tu si izz..selaloonya si syawal...tp aritu awal pulok dier bangun...elok siap2 masak bagai, bergotong-royong kemaskan peti ais mak...baik yang deep freezer n peti ais biasa...peti ais aku ok lagi..mak punya..tau2 la mak2 kan selagi dier boelh simpan, dier nak la simpan, sampai benda tu dah tak leh guna pon nak simpan jugak..katanya sayang nak buang..adoi mak...sabo je la...so nak proses peti ais mak, mesti time dier tak da, bermakna bila dier balik kampong....kikikikiki...

lagi pon nak gak terasa nak membeli buku untuk syawal N izz...tp izz punya 1 je bukunya...syawal je banyak..nak tak nak membaca, tak pe la, janji beli dolu kan...

tapi aku perasan kat sini banyak buku yang jenis english language kan....tak pe la janji buku kan..buku BM pon ada gak..tp kena pandai carik la....

so petang tu, memasing dah bangun, dah makan, dah mandi, dah solat bagai....so jom kiter terjah serigala jahat di sana....

sampai2 je dah nampak pintu masuk...terus la ada org hulurkan kotak..mak aiii gaya macam jemah ni nak memborong banyak je..dier tak tau ke, jemah tengah2 bulan ni, mana la ada pulus sgt...boleh la, dari tak da kan..kikikiki..katanya en asbeen..takpe, kiter cuci mata..kalo ada yg berkenan, amik la..baik la bos....

akhirnya selesai jugak..banyak buku si syawal la..buku izz pon hanya 1..mak pak dier..tarak....
ok la semua untuk anak2

ni la dier....seronok datang sini, macam2 ada...sign novel malay tu dah melambai-lambai je jemah tau...tp jemah tabah n kuatkan hati..kkakakakkakakakka...mau kena ketuk kepala nnt ngan en asbeen....yela kata datang untuk anak2 kan...pehal ada untuk diri sendiri pulokkan....

seriusmmg best...mmg murah dari biasa...mmg terbaik dari ladang..mmg best...tu yg rambang mata kan sebab murah...

ni la hasil untuk anak2...semua untuk syawal...yang untuk izz..ada yang kat tengah2 tu..tak nampak pon...


tu yg izz..old mc donald had a farm....

pandai tau organizer ni tau buat susun atur ruang kat bigbadwolf ni..mmmmm...pintu masuk mmg satu je...mmg kalo nak keluar...kena la tawaf abis-abisan...lepas tu kena melalui kawasan nak membayar,..lepas tu elok pulok lalu kawasan menjual sana sini pulok..egatkan dah abis..ada lagi..kat side sebelahnya..mmmm..elok pulok ada  booth2 jual macam2 kan..makanan A&W, KFC, PIZZA HUT...si syawal dah mula dah tarik2 abah dier..syawal sekarang ni pandai dah demand nak makan apa2 kan...no fast food sangat ye syawal..tp mmg pon dah lama sgt tak mkn pizza ni..hampir setahun lebey dah...rasanya sebelom ada izz kot...ke izz dalam perut...

lepas tu kena melalui kawsan playground sana...yg jenis playground soopa doopa tu...izz dah terbeliak bijik mata nak main...si syawal tak pandang langsung..syawal ni takut sikit kalo tak da mak pak dier kat sisi...cer kalo lepaskan si izz, adoi mmg tak jumpe carik si adik tecik ni tau....

lepas tu baru la dapat keluar..jauh tu perjalanan..membeli tak banyak mana pon...
ni la harga lepas di tolak..mmg berbaloi tau...

si syawal kalo depan kamera...cukup la say cheese dier kan...




waktu lalu kat side sebelah lepas membayar tu...aku jumpe ni...terus la mata dah terpaku kat situ..kena pulok si syawal dah tarik2 tangan abah dier..terus abah dier kata..
"amik la...amik satu mahai...amik 3 murah...amik 1=RM6...amik 3=RM15...muarh la kan..."

tp aku kekurangan wang...so en asbeen kata...
"takpe..saya bayar..amik la..."

elok pulok si syawal sebok la memilih...so aku kasi la kebenaran dier pilih2 yang dier suke...
apa yang aku amik...ni dier...

taaddddaaa....
button badge...mcm FM jugak la ni kan./....

terus en asbeen kata..
"bagi satu kat kawan awak tu..."

aku lama la dok PK...lama2 baru la tau siapa yang di maksudkan
ni la kawan jemah..kikikikiki...
tengok macam boleh tembus tau FM ni...
suke kan..nayli...
kenai kan...

Fm ni en asbeen bayar, syawal pilih untuk NAD..MAMAZN...

suke kan nayli...syawal pilih tau tu...

so harga untuk total semua tu

RM53.00...
tak la mahal mana pon..kalo kat luar...buku2 jenis hardcover ni boleh tahan mahal ni...

syawal waktu pilih, semua dier senuh, semua dier belek...bila tanya..
"tak nak..tak nak..tak nak.."

alahai syawal sabo je la kan..bila dah beli dier bukan main, no 1 dier yg belek dolu tau....