Yang DiSaYAngi

Rabu, 2 Disember 2015

Fesyen Tudung untuk Remaja

Salam rabu kengkawan....

hari ni rasa macam soya nak up je citer pasai penggayaan tudung..soya ni idok la hebat atau legend mana bila nak style kan tudung ni...pada soya, janji elok, kemas, senang, mudah, cepat N masih mengekalkan ciri2 pemakaian tudung..ppada soya, itu sudah memadai...

tapi sekarang penggayaan fesyen bertudung tumbuh bak cendawan tau...sana sini ada je patern yg baru, N menjadi ikutan....kan...

Tiada siapa dapat menyangkal bahawa pemakaian tudung adalah tuntutan yang wajib
dipatuhi oleh semua wanita yang beragama Islam. Tudung juga tidak boleh dianggap 
sebagai aksesori fesyen semata ok..no..no..no...tapi berfesyen dalam menggayakan shawl atau bertudung secara trendi tak salah, yang penting menutup aurat kan.... walaupun sebenarnya kita mempunyai kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan agama. untuk golongan remaja, dorang ni lebih suka untuk ikut trend fesyen terkini, macam soya jugak la..tak terlepas pon...


ni antara cara2 pemakaian yg sesuai N trendi dan  beberapa tips mencari koleksi fesyen tudung untuk remaja yang bersesuaian dengan golongan remaja


yang ni cantikkan...kalo bagi yg badan kecik, tak berapa tinggi, elok la kalo pakai gini kan...

nampak lilit2 dia..kalo yg tak paham, pening tu, kang terbelit..hahahahha...tp ni salah satu [atern yg soya suke pakai...
ni kawan soya..aku suka part yg kat tepi telinga tu, cantikkan, cantikkan..labuh depan n belakang..


macam soya yang ada anak 3 tiga...instant shawl mmg menjadi keutamaan kalo nak cepat la kan..tp kalo nak yg lebih elok, lilit2 pon suke gak..macam instant shawl yg soya suke..
naelofar hijab...cantik, trendy, kemas, senang dan mudah..

sekarang ni mmg trending patern shawl jenis instant ni..
instant shawl.

selain tu pemilihan warna amat penting bagi mereka yang bergelar remaja.mereka yang remaja perlukan menggunakan warna yang terang dan ceria, keana bersesuaian mengikut peringkat usia mereka yang masih remaja...

haaa....ni pon salah satu lilitan shawl yg soya suke...

ha...yang ni bebudak opis kata...soya letak binatang peliharaan kat atas bahu..hahhaha...cantikkan, rimbun2 kat tepi bahu tu...

selaian daripada pemilihan gaya bertudung, warna, pemilihan fabrik perlu di titikberatkan bila memakai...kalo guna kai yang panas, tak selesa pulak kan...mestilah memilih material kain yang sesuai dengan waktu dan tempat untuk mendapat keselesaan yang baik..

Menyentuh tentang tudung, soya suke tgk perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang bagaikan bak cendawan di malaysia ni. Fenomena yang luar biasa ini telah melahirkan banyak koleksi fesyen tudung untuk remaja terkini dengan pelbagai gaya fesyen tudung terkini yang sangat menarik.

kirenya kat opis ni, soya yg paling suke pakai shawl...

ni jugak antara fav soya tau...
shawl ni beli kat zalora..harga murah, ironless, mudah pakai, material baguh, yg best shawl ni ada 2 jenis corak dalam satu shawl ni..dalam dan luar shawl...so boleh la pakai lain2 corak dalam satu masa...kikikikiki....kalo korang tgk, corak di kepala lain, di depan lain kan...yg penting harganya murah...mmg sayang ngan shawl ni...kalo nak cpat, mmg ni je soya rembat, sebab boleh pakai dengan semua jenis baju...

Terdapat banyak koleksi tudung atau shawl yang latest boleh didapati secara online di butik pakaian Muslimah online. Banyak juga faktor mengapa tudung terkini yang ada sekarang ini menjadi pilihan ramai hijabista di luar sana.

ada jugak dok cuci2 mata kat zalora beberapa jenis shawl...senang sekarang ni...semuanya di hujung jari anda kan...klik je kat zalora. macam2 ada tau

haa...soya suke yg warna biru tu..cantikkan N murah...so far idok la mhal mana..still mampu milik...

satu lagi yg satin tu...warna pastel dia sesuai dengan kebanyakkan jenis baju, nampak senang pakai ni..pon soya aim jugak ni...




cantikkan...dok la pandang2 en asbeen...en asbeen dah senyum..dok kata...

"boleh sayang...nanti gaji beli ye...saya ok je.."

yeeaayyy ni sayang kat en asbeen ni..dia tau apa yang binik dia suke...siap en asbeen kata...

"awak mmg ada share dengan zlora erk....asik shopping kat zalora je.."

hahahhaha...mudah sayang oiiiiitttt....


kirenya tak salah kalo berhijab, sambil berfesyen, terutamanya golongan remaja masa kini.perlulah memilih cara pemakaian/versatile style shawal atau tudung tu, pemilihan kain, warna dan jenis tudung atau shawl apabila memakai, janji masih di landasannya masih mengekalkan aurat dan ciri2 muslimah dalam islam..itu yg penting kan...

2 ulasan:

Sheila Adziz berkata...

pandai sis pakai shawl... cantik :)

kayyana berkata...

soya i selamat sikit la sebab kat opis ni block segala jenis website shopping.. kt umah pulak takdak wifi.. redha jela soya oiii