Yang DiSaYAngi

Selasa, 10 Mei 2016

Gugurnya Sebutir Bintang di hati Kami - Al fatihah Cikgu Rosli


salam selasa kengkawan..sungguh terasa lama tak bercerita dalam ni...bukan tak egat, bukan tak rindu, tapi kekangan kerja yang buatkan soya agak menyepi...dengan tanggung keje lagi..bertalu-talu ujian dan dugaan yg diberi oleh allah swt untuk soya...jadi agak lenggang jugak la kat dalam ini...

pagi ni soya agak mood swing...dalam mood sedey...

baru dapat tahu petang ahad aritu, cikgu kesayangan kami kump koir KPM ni... cikgu Mohd Rosli bin Shamsuddin telah pulang ke ramahtullah pada jam 10pagi di Hospital Besar Kuala Lumpur..

sungguh aku...bukan takat aku...seluruh ahli kump koir KPM mmg terasa akan kepergiannya...arwah tak da sakit apa2...tapi ajal maut semuanya di tangan tuhan....siapa kita untuk menidakkan apa yang telah di tentukan...aku dapat tahu petang semalam, si jemah tu call...N  bila dia bgtau berita ni...sungguh perkara pertama yg berlaku, berguguran la air mata ni, terus otak ni zassss teringat kat arwah raut wajah cikgu....allahuakbar...sungguh tak di sangka...

mmg sejak dari kami kump koir ni praktis dengan cikgu dari hujung tahun lepas untuk majlis perutusan tahun baru 2016 lagi, cikgu nampak kurus, tak bermaya, asik demam je...selaloo jugak dia mengadu kat anak2 N adik2 dia ni akan kesihatan dia..amik darah, result semua sama, tak da apa yg serius...sungguh, mmg nampak arwah cikgu, cengkung sgt...sedih sgt...

kat atas tu adalah gamba terakhir kami dengan arwah waktu majlis APC KPM 2016 bulan mac aritu....kami2 anak buah dia ni jugak yg snap..

dia sendiri tak tahu apa yg jadi pada dia....sakit yg tidak di ketahuinya...sejak dari hujung tahun lepas lagi, arwah cikgu selaloo sebut atau bercerita tentang MATI...kami2 ni tak suke dengar...ada yg marah, tegur cikgu jgn cakap macam tu....
dalam group pon dia asik cakap benda yg sama....

last dalam akaun FB dia bulan april aritu pon dia ada muat naik status, minta maaf pada yang mengenali diri dia...

semalam petang sampai kat HKL pon arwah dah selamat di mandikan dan di kapan, dah siap masuk van selepas selesai solat jenazah, terus nak bawak balik ke kampung halaman di perak....
alhadmulillah cikgu hafitz pon iring bersama...kami sama2 main band tu...mana2 akan nampak mereka berdua...

last aku dengar suara dia menyanyi waktu majlis APC aritu...tu la yg terakhir kami berjumpe... 24.03.2016..

waktu ni kami sama2 G kursus koir kat pangkor...waktu aku preganantkan mirza firash 6 bulan waktu tu...alhamdulillah waktu tu arwah cikgu masih sihat...

pemergiannya tiada galang gantinya...perginya sebutir bintang yang sangat la menyinar dalam hidup kami ahli kumpulan koir KPM ni...sungguh beratnya rasa untuk melepaskan kamoo...walaupun tak bisa, jauh dari mu wahai cikgu...

tapi ini takdir yang kami semua kena terima dengan redho seredho2 nya pemergiannya cikgu ni...walaupun berat hati ni nak terima segalanya..ini semua ketentuan illahi..tenangla kamoo wahai sifu, wahai guru, wahai ayahku di sana..damai la kamoo di taman syurga di sana...lapangkanlah kuburnya selapang lapangnya...ampuni la segala dosa yang telah arwah lakukan...cikgu, saya sebagai anak maafkan segala apa jua kesalahan cikgu...pada saya, cikgu tiada salah....cara cikgu mendidik anak2 cikgu kan..



terima kasih cikgu atas segala ilmu yang cikgu curahkan pada kami semua...ilmu yang tak ternilai harganya...cikgu...apa yang pasti kami akan sentiasa merindui gelak tawamu, tiada lagi gurau senda mu, tiada lagi perkataan stakatomu, tiada lagi falsetomu..tiada lagi  aris hutan melintang kami yg merdu...tiada lagi petikkan gitar di jarimu untuk santapan kami...tiada lagi suara merdumu yang memampan cuping telinga kami dengan suara mu...last kami semua dengar cikgu nyanyi...better man...cikgu...sungguh kami rindu pada cikgu...cikgu selepas ini tiada lagii org yg akan menegur kesalahan kami bila menyanyi...tiada lagi org yg akan berdiri dekat dengan kami, untuk mendengar kami menyanyi...tiada lagi org yg akan berdiri tegak di depan speaker besar untuk mendengar harmoni nyanyian kami...

pemergianmu ini tiada galang gantinya wahai guru...sungguh..kami rindu untuk mendengar segala nasihatmu..sungguh kami rindu dengan guraumu...

arwah adalah seorang cikgu yg sangat la memahami keadaan anak muridnya...walaupun dia tak sihat..tapi dia sanggup gagahkan diri untuk melaksanakan tugasnya sebagai guru...dan sebagai pekerja..

dia bagaikan tahu dia nak pergi meninggalkan org yg menyayangi dia..sehari sebelom, dia ada bgtau andai kata dia pergi....uruskan apa yg patut...allahuakbar...sungguh kami sebak cikgu...

bagaimana kami tanpa cikgu???????... walau apa pon hidup mesti di teruskan...yg pergi tetap akan pergi....semua kenangan bersama cikgu akan kami abadikan kami semua akan sentiasa mengingatimu wahai cikgu...tiada apa lagi perlu di ungkapkan lagi tentangmu wahai cikgu...

kamoo adalah yg terbaik di mata kami...arwah sungguh, seorang yg baik, tak berkira...walaupun dia terasa, dia marah, setakat tu aja..kalo dia marah, belum pernah aku nampak dia meninggikan suaranya..sungguh...cukup sekadar dia meluahkan rasa ketidak puasan hatinya melalui kata2 nasihat..

Hidup Dalam Mati 

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati
Hidup dalam mati




damailah kamu di sana...kami di sini akan sentiasa hadiahkan al fatihah kepadamu...tenanglah kamu di sana..rehatlah di taman syurga wahai cikgu....

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu 

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...






9 ulasan:

Emarieys berkata...

salam takziah untuk keluarga cikgu rosli dan alfatihah untuk arwah.

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Nurzakiah Hanum berkata...

salam takziah

Falsya berkata...

salam takziah...sedih pulak..tetibe teringat arwah member..;(

eima berkata...

salam takziah sue ....

Chekgu Azrine berkata...

al fatihah...
semoga rohnya tenang di sana

Norhayati Mohd Isa berkata...

Al Fatihah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
Diampunkan dosa-dosanya..
Ditempatkan rohnya bersama para solehin..

Fiza Rahman berkata...

Innalillahiwainnailaihirojiun...Salam takziah & al-fatihah buat arwah.

dalila berkata...

alfatihah..
semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan org2 beriman..