Yang DiSaYAngi

Selasa, 21 Jun 2016

dugaan demi dugaan

salam 16 ramadhan....lama tak jengah kat sini...kekangan kerja satu hal..kemalasan pon satu hal..lama sungguh tak jengah2 korangkan...rindu rasa nak berblogging ni..rindu nak meluah rasa dalam ni, walaupun tahu tak da siapa yg nak membaca panjang lebar gini, entah, bila aku menaip tu rasa macam ada je yg membaca...entah..mungkin kot...

kalo tak kat sini aku dah sebok2 citer pasai ramadhan, persiapan raya, cerita dam dam dum korang nak raya semua...inshallah mood tu akan kembali...

pagi ni terasa nak berkongsi dengan korang keluh kesah di hati ni...
tadi pagi bukak IG, luluh hati tgk dugaan kawan blogger kita, fiza...anak dia warded sebab pneumonia...broncho lagi....adoiiii aku bab2 anak ni mmg sensatif, bukan takat aku je...semua mak2 kat dunia ni la...tapi mungkin ini adalah dugaan buat fiza untuk hadapinya sebagai ibu..inshallah fiza akan ada sinar di kemudian hari...keep strong ye beb...

sahur pagi ni terasa tak lalu di tekak...bila baca keluh kesah fiza, terbayang akan diri ini...mmg aku terasa tahun 2016 adalah bukan tahun aku...dugaan demi dugaan, cabaran demi cabaran yg harus aku kuat untuk tempuh demi anak2 dan keluarga aku ni...

mungkin awai2 tu seronok, syawal dah masuk alam persekolahan...

tapi tak lama...pada 08.03.2016 - 18.03.2016
bila mirza firash di sahkan RSV Bronchopneumonia..10 hari berkampong di hospital putrajaya...8 hari terlantar di ICU dek ekrna sakit yg di alaminya...sungguh bila kenangkan balik, mengalir la air mata ni kenangkan diri ni...sungguh di kala itu aku tak kuat untuk hadapi,,andai kata aku di beri dugaan ini, aku tak tahu, samada aku mampu atau tidak untuk tempuh dan sekuat sebelum ini...setiap detik yg berlaku di kala tu mmg bermain je kat tubir mata ni...terbayang2 je...sungguh aku bersyukur pada mu Ya Allah akan kekuatan yg di beri..sungguh aku kata, terdetik di benak ni waktu, andai kata mirza firash bukan lagi pinjaman darimu ya allah, aku redha akan ketentuanmu ya allah...aku rela dia pergi, dari dia terlantar menanggung derita sakit ni...sungguh...itu yg aku rasa waktu tu, tapi alhamdulillah aku punyai suami yg sangat la positif dan tenang dalam hadapi situasi seperti ni. Dialah yg banyak bagi sokongan dan tulang belakang aku untuk aku terus teguh berdiri dan kuat untuk mirza firash...terima  kasih ya allah kerna ko dengar akan segala doa, rintihan, luahan hati hambamu ini..

tak terungkap dengan kata2 bila mirza firash mula membuka mata depan kami ibu n abah dia..nampak mata dia mengadu segala...sejak dari tu, mmg aku jaga setiap langkah aku, setiap perbuatan aku untuk dia, demi kesihatan dia..terima kasih pada mak, sanggup jaga balik mirza firash ni, demi nak tgk cucunya sihat kembali..sebab tu bila mak aku ada urusan yg perlu di selesaikan di luar...aku tak penah bangkang apa yg mak aku kata..mak aku je yg lebih2, dalam dilema nak pegi ke tidak...bila mak aku utara sesuatu perkara untuk dia uruskan urusan dia tanpa mirza firash, aku paham, mmg aku kena cuti, nak tak nak, aku kena cuti..kena la..dah cukup bersyukur mak aku nak jaga kan dari dia takmo jaga lagi parah....bila doc pon sendiri kata yg mirza firash perlukan penjagaan rapi, tanpa ada org lain yg sama2 di asuh macam dia.....terima kasih mak atas segala pengorbanan mak...ya sanggup berkorban cuti demi kesenangan mak...pada aku bila mak aku kata nak ke sana sini atas segala urusan, ayat yg pertama keluar dari mulut aku..
"pegi je la mak,...tak payah nak pegi ke tidak..nak pegi ke tidak.." 

walaupun cuti aku terpaksa di korbankan, walaupun cuti ni makin lama makin sikit...tapi demi kesanggupan mak menjaga mirza firash, dah cukup besar rahmat pada aku...


tapi tak lama selepas tu, bulan april 2016 satu lagi ujian melanda kami sekeluarga...izz dani aqlan pulok ta sihat...muntah2 demam, teruk sampai kena pegi emergency hospital masukkan air dalam badan. kire kena drip la tu...tak tahu mana datangnya punca tu..serius tak tahu, sebab pagi tu mmg dia sihat walafiat...aktif macam biasa...tapi tetibe malam tu dia doh mengaduh aduh...dok la pegang2 perut...sakit..sakit katanya...tak tau sakit apa...pastu muntah, minum muntah, makan muntah...terus panas badan...G klinik doc kata tak da pape...entah la..sampai satu tahap, pegi emergency, kena drip..alahai....sanggup ke haku nak anta anak G taska, mmg tak la...jaga la dia kat umah....susah hati maktok dia tgk, melepet je...tak seperti selalooo...

ni waktu amik dia kat umah maktok dia aritu....

sedey sgt...

tak lama lepas tu awal bulan mei 2016 terjadi lagi satu kejadian, di mana syawal yafiq pulok yg sakit..dah di beritahu jgn melompat, jgn berlarik waktu ibu tengah mop lantai, sapu sampah, duduk dalam bilik diam2..takmo di dengarnya...berlarik2 la dia, terlentang, jatuh jua ke bumi.allahuakbar...sungguh berderau aku bila dengar dentuman kuat tu....mmmmm....

tak lama dia kata dia pening, nak tido, aku bg dia tido, tapi tak lena, kejap kalih kanan, kejap kalih kiri...aku dah cakap dengan en asbeen, kalo dia muntah, jgn fikir panjang, terus bawak dia G hospital...elok 10 min aku cakap kat en asbeen, terus terburai muntah keluar dr mulut dia...semua sisa makanan dia..terus en asbeen bawak dia G hospital, amik darah segala, doc pantau kat hospital sana, alhamdulillah jam 9pm dia balik dengan senyuman...esoknya cuti lagi, bg dia pulih sepenuhnya....

ya allah sungguh ujian demi ujian, dugaan demi dugaan tu menyapa je diri ini...bila ada anak kecik gini la, mmg kena hadapi ujian yg di beri....jaga la sebaik mana pon, kalo dah nak berlaku, sudah ketentuannya, takdir, jadi la jua...


aku sebagai ibu harus kuat untuk hadapi segalanya...

8 ulasan:

Falsya berkata...

Sedih betul..falsya x baca abis..baru separuh dh bertakung air mata..xsanggup nam abiskan..nak2 pulak bile tgk gambar mirza..mak2 bile dh ade anak nie sensitiviti tuh lg melampau2 bile bab2 anak2 nie..dan2 tingat bile qisya kene fit dulu..terasa hilang separuh nyawa..;(

nor nazliana berkata...

allahuakhbar..dugaan tu tanda kita menginganti allah swt..semoga anak2 awk sihat ya amin..

ch@ berkata...

bergenang air mata aku membaca mek, smg kau terus tabah meladeni anak2mu...
aku tahu dlm pd kau sibuk berkerja, hati kau tetap ingat pd anak2 kau...
stay strong mek, smg bahagia milik kau sekeluarga. smg semuanya sentiasa dikurniakan kesihatan yg sentiasa baik.

Encik Suami berkata...

Assalamualaikum.

Datang singgah n follow skali.follower 404.
Betabahlah..atas ujian dari-Nya.Pasti ada hikmah disebaliknya.
saya doakan semoga mirza diberi kesihatan yang baik dan happy selalu.

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ berkata...

Bertabahlah Soya, smoga anak2 kita semua diberi kesihatan yang baik, soya seorang ibu yang tabah....

Nabila Syifa berkata...

sabar ya? semoga ank sihat n sembuh seperti biasa

LadyBird berkata...

Sedih lady baca sis.. Wlpun ank baru sorang, bl bc kisah ank2 sakit mmg sangat terasa beban d hati.. Klu boleh xnk ank sakit2.. Semoga dugaan akn berakhir sis.. Smg terus kuat demi anak2..

LYAfrina berkata...

ujian sue..
tp syukur alhamdulillah..mirza dh smbuh n survive...
mmg lah, hati x keruan bila ada sesuatu x kena pd ank2...lg2, hal y serius...

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin

Love,
Lya Afrina ;-)