Yang DiSaYAngi

Rabu, 30 Mac 2016

Soft Matte Lip Cream By FAME Cosmetics

ini semua poyo..hahahhaha..kuat pengaruh soya ni...

sesejak jatuh cinta sam lipstik jenis matte ni...rasa seronok mcm nak mengumpul je lipstik2 bagai ni...tp makan masa la nak mengumpul kan....

sebelum ni asik dok telan ayeq liuq je dok tgk mama tisya dok promote bagai lipstik matte ni...

haa...ni ada 5 jenis semuanya...cantikkan kaler2 dia...

kalo la semua kaler soya boleh pakai....bestnya lahai...nak jugak la membeli..elok la pulok  cikgu kat taska izz dani aqlan tu ada menjual jugak..senang la..tak yah pening nak fikir postage...punya kedekut soya..hahahha...order satu dolu..tak penah pakai kaler ni...pertama kalinya pakai hari ni...adoiiii rasa tak bengkak pulok bibir hari pakai..tak macam pakai kaler yg merah2 ang2 sebelom2 ni ni..hahahhaha...

i like more to be natural..

sila muntah ijo ok...bibir beso ko..hahahha....

suke pakai soft matte lip cream by fame cosmstics ni....aku pakai kaler nude..

senang apply, kaler cantik, rasa natural, ringan, light n soft..yang penting long lasting tau....itu aku suke...jimat sikit kebarangkalian untuk pakai tu..hhahahah..jimat sgt ko ni soya...

selaloo nampak soya pakai kaler2 merah ang2 je kan..macam ni...
haaa....macam ni...raso bongkak bibir tu ha..hahahhahah...

takpe..dua2 soya suke...

nanti boleh repeat order lagi la

Selasa, 29 Mac 2016

Untuk Mirza FIrash Dari Biro Kebajikan UMNO Putrajaya



alhamdulillah ya allah atas kurnia yang di beri...

aku tak tau mana pihak biro kebajikan UMNO putrajaya tahu yg mirza firash masuk ICU....tapi rasa pihak dorang tahu dari akak aku yg kepochi tu kot.....NIGINA...ye la tu...dia kan ramai kengkawan kan...bab2 benda ni mmg dia hebat...kikikikiki...

tetibe aku dapat call selasa pagi berkenaan benda ni..dorang nak datang tgk mirza firash petang tu..tetibe dorang dtg pulok waktu lunch tu..elok waktu aku pon ada...mmmm....alhamdulillah rezeki dapat jumpe dorang kan...

terima kasih atas sumbangan yg di beri...inshallah sumbangan untuk mirza firash ni akan aku gunakan untuk ambil vaksin pneumococal untuk mirza firash....inshallah...


tiada kata2 selain terima kasih..hanya allah je yang mampu membalas segalanya..amiinnnnn

Mirza firash diagnose RSV BRONCHOPNEUMONIA

salam sayang kengkawan...
lama tak bersiaran kat sini...,mmg lama sungguh...setelah pelbagai ujian an rintangan yang datang...alhamdulillah soya kuat untuk coretkan semuanya di sini...

ceritanya bermula dengan mirza firash start tak sihat sejak dari bulan januari...sejak masuk taska mmg selaloo dia on off sakitnya...kejap demam, kejap selesema, kejap batuk..smeuanya on off...tapi naluri seorang ibu yang sentiasa fikirkan yang positif...takpe la...mungkin sakt tu datang untuk dia build antibodi sendiri kan....

terjadinya dengan lebih teruk bila ahad 6.3.2016(ahad), lepas tgk boboiboy...mirza muntah2...dalam wayang pon muntaj...tapi waktu tu je la..lepas tu tak da muntah dah...malamnya demam sikit....mmg nampak dia lembik...so esoknya isnin terpaksa abah dia cuti....isnin tu en asbeen call, rasa macam tak selesa dengan mirza sebab dia nampak macam susah nak tido...kejap2 je tido, lepas tu jaga balik...5min, 10min je tido, lepas tu jaga balik...bawak la dia pegi klinik kesihatan presint 9 kat sini..jumpe doc, serba serbi aku bertanya...doc kata so far lungs dia ok...semua ok..tak da bunyi wheezing..lepas tu aku tanya doc, perlu ke mirza amik neb...doc kata tak perlu..lepas tu aku tanya lagi,  "doc nape dia  nafas laju, sampai lekuk kiri kanan perut dia..."...

doc kata takpe, dia akan bagi ubat cairkan kahak...untuk bukakan paru2 dengan baik...aku ni bukan doc, ikutkan je la....dia ajar la buatkan Rawatan Stim dan Teknik Tepukan Percussion...mmmg penah buatkan waktu zaman izz rajin la...zaman mirza pon rajin jugak....selagi tak perlu bagi ubatkan..inshallah....

buat sampai la hari selasa 8.3.2016..pon buat jugak...

budak yang last minum susu waktu tu, jam 3pm...makan pon sikit...last jam 10am hari tu....

kejadian ni berlaku bila pada jam 9.30pm tu, mirza batuk, sampai keluar kahak kuning seketoi....budak...buakan keluar kahak macam org dewasa...paling kuat, kuar lendir putih kan....terus la buat steam tu untuk dia...tapi nampak lepas tu dia makin penat, N pucat dan biru bibir dia, tak fikir panjang, terus ke emergency hospital putrajaya...syawal N izz, aku anta umah maktok dorang...sampai sana, terus nurse suruh aku bawak mirza masuk ke semi kritikal(zon kuning)...ni kali ketiga aku masuk zon kuning ni, sebab semua anak2 aku penah merasa duduk kat semi kritikal ni...doc bagi la neb sekali untuk mirza...lepas bagi neb...aku tgk dia memandang ke atas...mcm nak fit(sawan)...lepas tu dia macam meracau, pucat balik muka dia...aku suruh en asbeen panggilkan doc yg rawat dia tadi...doc tu terus suruh aku tepi....dalm 10min gitoo..aku nampak dorang pakat keluar masuk dari di sebalik tirai kat tempat katil mirza tu..tak lama lepas tu, katil mirza terus di tolak ke zon kritikal(Zon merah)...tangan aku dah sejuk beku kat situ...air mata tak dapat nak bendung lagi...en asbeen kuat genggam tangan aku, cukup susah la nak tgk en asbeen mengalirkan air mata...akhirnya tumpah jua demi anak kesayangan dia...

dalam setengah jam lepas tu doc panggil aku N en asbeen ke zon kritikal (zon merah.)...lepas tu doc bagitau yg dorang tadi rawat mirza sebab tekanan denyutan jantung mirza laju, paling tinggi sehingga ke bacaan 200...allahuakbar...tuhan je tahu perasaan aku waktu...so mmg kompom admit..lepas dah buat ujian x ray, N pakar paeds pon ah datang tgk keadaan mirza...

ni la keadaan mirza di zon kritikal...

penuh dengan wayar berselirat...dengan drip kedua belah tangan sebab mirza dah hydryted sgt...tapi doc puji, sebab aku N en asbeen bertindak cepat pasai kes mirza ni...

setelah imbasan x ray dah keluar...doc bagi tau yg ada jangkitan di paru2 mirza...so mmg kena amik...N neb akan di beri hourly...



sepanjang malam tu mirza di wad, mmg tak tido lena la...mana taknya, asik kena neb setip jam je kan...dari 8.03.2016 - 9.03.2016...neb setiap jam dia kena lakukan...

ubat antibiotik masuk ke dalam jarum pon tak jalan untuk mirza...nampak perubahan tu sikit sgt...

pakar paeds, doc ani ada bagitau kalo dua kaedah ni tak jalan jugak, mmg mirza akan di masukkan ke icu....untuk pantauan sepenuhnya..tapi doc ani tu mohon doa la moga mirza tak di tempatkan ke icu....

doc bagitau jangkitan kuman yg ada dalam badan dia sangat kuat..nama virus tu...RSV...since dia pon kena pneumonia....makanya jadila nama penyakitnya...

RSV bronchopneumonia

RSV stand for 

Respiratory Syncytial Virus

tu la nama virusnya....ni antara virus yang kuat yang menyerang mirza firash pada waktu tu...

ni setelah mokcik penat menggoggle la kat pokcik google..


Respiratory syncytial virus pneumonia
virus syncytial pernafasan (RSV) adalah virus syncytial yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Ia adalah punca utama jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah dan lawatan hospital semasa bayi dan kanak-kanak. Satu ubat profilaktik (tidak vaksin a) wujud untuk pramatang (di bawah 35 minggu kehamilan) bayi, bayi dengan kecacatan tertentu kongenital jantung (CHD) atau displasia bronchopulmonary (BPD), dan bayi dengan kecacatan kongenital saluran udara. Rawatan adalah terhad kepada penjagaan sokongan (mis C-PAP), yang termasuk terapi oksigen.

Di kawasan iklim sederhana ada wabak tahunan semasa musim sejuk. Dalam iklim tropika, jangkitan yang paling biasa semasa musim hujan.

Kanak-kanak berisiko tinggi untuk jangkitan RSV termasuk bayi di bawah usia 6 bulan, terutamanya kembar dan lain-lain bayi aneka lahir, dan bayi pra-matang. kecenderungan mereka untuk RSV dipercayai untuk mencerminkan hakikat bahawa paru-paru mereka mungkin tidak seperti yang dibangunkan sepenuhnya dan sebagai matang seperti orang-orang bayi tunggal yang lahir pada jangka penuh. Kanak-kanak dengan paru-paru atau masalah jantung dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga mempunyai risiko yang ditambah untuk RSV.

Kebanyakan Punca Biasa Pneumonia Dalam Bayi

RSV adalah punca tunggal paling biasa dan yang paling penting dalam jangkitan paru-paru yang mendalam (penyakit saluran pernafasan yang lebih rendah) pada bayi dan kanak-kanak di dunia. Virus ini amat mudah berjangkit. Di kawasan iklim sederhana, jangkitan dengan RSV terutamanya berlaku semasa wabak tahunan yang biasanya puncak semasa musim sejuk, 

rawatan khusus untuk pelbagai jenis pneumonia virus termasuk yang berikut:
RSV pneumonia: Ribavirin hanya agen antivirus yang berkesan disediakan untuk rawatan RSV pneumonia, [1] tetapi terdapat data yang bercanggah mengenai keberkesanannya.

kire virus ni mudah berjangkit bagi mereka yang bayi di bawah umur 6 bulan dan kebawah atau warga emas di kalangan umur 56 tahun ke atas...berpotensi untuk kena...
kat atas dia kata virus ni mudah berjangkit pada musim sejuk, atau iklim sederhana...mungkin jugak mirza firash tak sesuai dengan keadaan taska yang beraircond...(sejuk)...mungkin jugak dia mudah kena...atau di tempat2 lain...wallahualam...

sambung balik...bila jam 7pm...pada 9.3.2016(rabu), mirza still neb hourly....N doc pon dah bertukar ganti...doc arun...dia pon asik ulang alik tgk mirza N check..bila tanya dia...dia  diam...aku ni cuak la...dah la berulang tgk mirza..last2 aku tahan dia jugak...aku tanya, apa progress mirza buat masa ni...

dia kata..
"so far i take over pantau mirza since petang td, i nampak he's worse..nampak ada perubahan sikit...tapi sikit sangat...nampak dia bernafas still ketat..."

telan air lir sat aku waktu tu...aku tanya dia solution apa untuk mirza ok...dia kata nanti dia bagitau...dia tinggalkan aku dalam keadaan tertanya-tanya...hanya airmata je peneman di kala itu...mungkin benar allah swt ingin aku dekat kepadaNYA...alhamdulillah sepanjang di hospital, tak mudah aku putus asa mengadap padaNYA dan mohon keajaiban...


ni mirza di kala malam..pada jam 9.30pm...

mirza firash pada jam 10.90pm...bila doc arun tu datang sekali lagi N decide...
"ok puan....i dah bincang dengan doc di icu...dan doc di icu bersetuju untuk masukkan mirza di sana untuk rwatan rapi...so means mirza perlu di pakaikan tiub di mulut dan di beri ubat penenang dan ubat tido untuk dia rilex N tenang supaya dia takda ransangan ntuk melawan segala peralatan yang akan di pasang pada dia nanti....lagipon puan...mirza tak nampak progress dia..bila dia amik neb hourly, still worse, bukak pon sikit...sempit lagi lungs dia, penuh dengan kahak dan virus...bila cuba kaedah masukkan antibiotik dia jarum pon sama....so kita tgk dia dah penat, dengan nak melawan kuman tu, dengan dia semput...so kita nak dia tenang....ni je last soloution untuk dia..."

aku tanya lagi...
"doc...doc rasa peluang dia sembuh?????"

doc kata...
"ada...tapi untuk jangka masa panjang nanti...kena jaga dia betoi2, sebab ubat yg masuk dalam badan dia akan melibatkan organ dalaman, seperti jantung dan sebagainya...peluang sembuh ada....tapi since icu..puan banyakkan berdoa.."

hati ibu mana yang tak luluh bila dengar semua penjelasan tu...dalam proses semua doc N staff nurse pakat dok keluar masuk kat katil mirza tu...aku kat luar bilik tu dah tak keruan...org pertama yang aku call, en asbeen...dia perlu tahu...dia mestilah org pertama dari yang lain sebab ni adalah anak dia...yee...aku call...en asbeen mamai2 jawab call aku, sebab waktu tu dah jam 11.30pm, dia dengan anak2 pon dah tido...bila aku bagitau hal ni...dia mmg terperanjat...siap tanya aku dah tak da solution lain dah ke...aku rasa en asbeen tanya aku gitoo, sebab dia dah blank bila aku bgtau hal ni...aku mana la tau soltion apa lagi, aku bukan doc kan..mmmm..aku cakap la elok2 dengan en asbeen yang tak da solution lain...ni la jalan terbaik untuk selamatkan mirza firash....

aku juz bagitau dia...

"abang, tolong la syg bang...jgn banyak tanya...syg sgt perlukan abg di saat ni...tolong la dtg sini sekarang....saya tak kuat hadapi benda ni sorang2 kat sini...tolong la bang....datang sekarang.."

itu je yang aku bagitau en asbeen...tak lama lepas aku call en asbeen...aku terserempak dengan boss aku yg jaga anak dia warded sebab kes sama dengan mirza jugak, tapi tak teruk...aku nampak dia...dia tanya aku kenapa????????...terus banjir aku depan dia...dah tak kire dah dia boss ke, lakik ke hape...since dia je aku kenai kat situ...mmg banjir la aku depan dia...dia pon dapat tenangkan aku pelan2 je...wife dia pon sebak tgk aku dari jauh...allahuakbar...beratnya terasa dugaan dan ujian yg Engkau berikan...sungguh aku kata, aku tak rasa aku mampu untuk hadapi perkara ni sorang2...dah puas aku berambu air mata....geng2 doc N staff nurse sebok keluar masuk ke katil mirza firash..tak lama lepas tu aku tergerak hati call mak aku...aku bagitau hal sebenar...confirm la cucu dia...dia sedey kan....ace giler tak sedey...tp tu la mak aku ni hati kental...banding ngan mak mertua aku, hati tisu, aku nangis, dia lagi banjir kat johor sana..kalo mak aku, aku nangis...dia pon dapat nasihatkan aku supaya banyakkan berdoa...sungguh di kala aku cakap dengan mak aku dalam fon malam tu...aku tgk balik fon tu..betoi ke aku call mak aku...betoi la tertera kat screen "BONDA"...mmmmmmpelik bin ajaib mak aku bagi nasihat N cakap baik2 je ngan aku...aku rasa ni la hikmah di sebalik kejadian...

tak lama en asbeen datang...muka blank je aku tgk dia...tak lama staff nurse N doc keluar dari ward mirza sambil sorong katil untuk di bawak ke ICU...aku tgk, mirza mmg totally lost..dah tido abis,...mata dan badan dia dah bengkak..bau ubat je...

di sini tinggal suami isteri ni je setia menanti apa jua keputusan doc di iluar icu ni...di kala ni jam dah 12.30am...lama jugak kami tunggu sampai tertido kesejukkan la kat ruang menunggu tu...aku berselimutkan telekung...en asbeen tah mana selimut dia rembat kat ruang menunggu tu...tau2 dah jam 3am...staff nurse panggil untuk tgk keadaan mirza...

sungguh aku kata kalo en asbeen tak da kat sebelah....aku rasa aku dah terjelepuk kat lantai kot...tak sangka...anak yg tersayang kini kaku dengan wayar penuh berselirat dan tiub2 di sana sini...subhanallah...sungguh ujian yg di beri ni sangat berat buat aku, walaupun di mata org lain tu hanya sedikit...

mirza firash di katil 4...di icu...

doc sahkan mmg mirza RSV bronchopneumonia..kata doc, alhamdulillah kami cepat...setelah buat x ray mmg sah ada kuman (melalui xray ada tompok2 putih - tu tandanya kuman yg tompok putih tu)...buat masa tu doc takmo bagi sebarang harapan, cuma dia minta kami sentiasa berdoa yang semuanya di permudahkan...keadaan mirza pada waktu tu, kritikal, since dia lahir cukup bulan, bukan pra matang, tak penah warded, tak penah kena neb sebelom masuk hospital ni...tapi masuk hospital teruk sampai icu...so doc klasifikasikan sebagai paru2 mirza firash jenis yang sensetif..mmg kena penjagaan yang rapi untuk mirza firash..since mirza firash di icu, doc mmg takmo bagis ebarang harapan, tetap kritikal...kena selaloo sedut kahak, sebab kahak dia sangat la banyak...since virus tu menular kat lungs dia, kahak tu akan sentiasa ada..bila virus tu makin lama makin menghilang, kahak tu pon automatik akan semakin elok N better n better..inshallah...tu yg doc kata...

so far pada waktu tu, mmg mirza menggunakan alat tekanan bantuan pernafasan untuk mirza, bagi mirza elok dan tenang serta bernafas dengan baik..sehingga bila mirza dengan keadaan dia macam ni....doc takmo bagi sebarang harapan, cuma mmg doc kata banyakkan berdoa, jangan putus harapan untuk mirza sihat...jangka untuk dia sedar tu, ada yg beberapa jam dah sedar, ada yang makan masa berhari jugak...

denyutan jantung mirza pada waktu sangat la laju N tinggi...oksigen dalam badan berkurangan...sebab tu dia perlukan bantuan pernafasan..dia minum pon melalui tiub yg di letakkan di hidung...saluran tiub tu akan terus ke perut...mmg dia takkan rasa susu tu mengalir dalam badan tu...dia hanya akan kenyang je...buat masa tu doc n staff nurse akan bagi mirza 1oz setengah setiap tiga jam...doc takmo bagi mirza banyak2 susu...sebab dia takmo ada bendalir lain dalam badan dia..takut jugak susu tu akan masuk ke paru2...N prob pulok nanti kan...aku ni ikutkan je la...

jam 3.30am selesai di hospital..makanya balik la suami isteri ni...sungguh aku tak kuat untuk hadapi kenyataan ini pada waktu tu....diam seribu bahasa..temenung je yg mampu soya buat di kala itu....nak menangis pon dah kering air mata...en asbeen mmg tak sanggup tgk soya dengan keadaan tu...sungguh soya nak kata soya mmg tak kuat untuk hadapi benda ni..balik je rumah....terus tido berselimutkan baju yang mirza pakai waktu di wad aritu...mmg itu je peneman aku di kala mirza di icu tu...

icu hospital putrajaya dah jadi rumah kedua sepanjang 10 hari di sana....berulang alik la kami suami isteri...asal ada masa terluang...kami akan ke sana...alhamdulillah mak pon dan kakak aku nigina, bagi sokongan yang baik, lagi2 dalam menjaga kebajikan syawal dan izz, sepanjang aku dan en asbeen sebok berulang alik ke hospital tengokkan keadaan mirza...

mirza firash pon memerlukan pemindahan darah, sebab HB dia low N darah dia makin kurang, bila darah dia makin kurang, jadinya oksigen dia makin berkurangan...darah tu perlu banyak sebab darah tu perlu mengangkut oksigen untuk berada dalam keadaan stabil...

mirza firash darah A+ sama dengan en asbeen....so far, dah tandatangan, N doc terus ke pusat darah negara..petang tu jugak masukkan darah..alhamdulillah sepajang proses pemindahan, mirza tak da sebarang komplikasi seperti suhu badan naik tiba2(demam) atau alergi di seluruh badan...alhamdulillah semua tu takda...darah tu bersesuaian dengan mirza firash..alhamdulillah...

dari 10.03.2016(khamis) - 12.03.2016(sabtu)...tak banyak perubahan pada mirza firash...tapi pada 13.03.2016(ahad),...mirza firash menunjukkan tanda yang positif...denyutan jantung dia pon makin normal, kadar dia bernafas selama seminit pon normal, oksigen pon walaupun dengan bantuan pernafasan..kahak still banyak...rajin jugak kena sedut...bila dia kena sedut tu, mmg mirza dalam keadaan sedar..bukak mata dia..sore tak kuar...yela dah masuk tiub mmg tak kuar sore dia...kesian sgt tgk dia..mmg part tu aku tak sanggup tu..aku pon heran macam mana en asbeen ada keberanian nak tgk  keadaan anak dia..tapi petang ahad tu, alhamdulillah dia bukak mata walaupun mamai kesan ubat tido tu...lama dia bukak mata...dekat sejam jugak la...sekali dia membuang..mak aiiii banyaknya...nurse kata dah lama dia tak membuang...sekarang pon susu dah tambah ke 2 oz setiap 3 jam...neb pon dari hourly ke 2 jam sekali....alhamdulillah....still on antibiotik...drip pon dah stop...alhamdulillah....

ni tak salah mirza firash dah hari ke 5 kot....

ni la peneman di kala aku kesunyian....

alhamdulillah hari selasa doc bagitau nak bukak tiub tu, nak bagi dia bernafas dengan sendiri..alhamdulillah...tengahari tu bukak...so far nampak dia tak selasa dengan keadaan yang baru..dah lama n selesa dengan bantuan pernafasan..nak bernafas sendiri..makan masa jugak...tapi bila doc n staff nurse nampak dia tak kuat nak hadapi benda tu, doc pasangkan balik...mmm..sayunya hati bila datang petang tu...

ni la keadaan dia...en asbeen lap badan dia dengan air yassin yg aku bacakan malam sebelom...



esoknya 16.03.2016(abu) dia mula bernafas dengan sendiri..nampak kali better dari semalam..alhamdulillah..mirza firash...awak mmg kuat....


ni la kawan aku..zura...nurse yang selaloo pantau N jaga mirza sepanjang mirza duduk di icu tu...alhamdulillah TQ zura jagakan firash sepanjang sue tak da kat sana..mirza firash tak suke duduk sorang2..TQ zura..sentiasa pantau N bagi setiap perkembangan mirza firash pada sue...

petang rabu tu doc bagitau yg kami suami isteri boleh jaga mirza N boleh di pindahkan ke wad....sujud syukur aku padaMU ya allah....

malam tu en asbeen jaga...sampai la khamis petang di wad..neb pon dah di jarakkan setiap 4 jam sekali...still on antibiotik N drip dah off...

ni khamis pagi waktu en asbeen jaga...pertama kali setelah seminggu berkampung di icu, ni la pertama kali dia senyum...

susah nak tido ni..tak lena dia kan...
petang khamis tu aku jaga sampai la jumaat.. jumaat 18.03.2016 doc tgk perkembangan mirza..semua ok...juz on antibiotik..so doc kata buat apa lama2 lagi kat sini..dah boleh discharge...so kat rumah juz on antibiotik, bagi puff  fluticasone (inhaler mcm ubat asma tu) dua kali setiap hari, salbutamol untuk 5 hari ni setiap 6 jam N lepas tu bila perlu..lepas tu montelukast (mcm air garambuh dalam susu dia)..untuk kembalikan tenaga dia...

terima kasih sahabat....sedekahkan doa dan yassin untuk mirza di opis pada hari jumaat, penghulu segala hari...

sejak discharge ni..mmg mirza firash, susu kena setiap 2 jam 5oz..makan lagi 3x sehari..sekali makan  banyak...

ni hari ahad lepas discharge....nampak better...


semakin sihat dia sekarang..senyum je memanjang, tido pon lena, susu pon ok, senang tido, senang jaga, senyum je memanjang, bangun tido pon senyum...

peel dia sekarang lepas kuar wad..

semakin nampak aktif, banyak akal..alhamdulillah,...

ni la discharge note dia..mmg penyakit dia panjang mak aiii....

dia semalam...seronok tgk dia sekarang..bila tgk dia, terasa tak percaya yan aku, dia tempuh ujian yg diberi kepada kami olehMU ya allah...

terima kasih ya allah kerna kau kuatkan semangat aku, en asbeen, dan mirza firash untuk tempuh ujian ini...hanya padaMU aku bersujud dan menyerah...


TERIMA KASIH YA ALLAH KERNA KAU MEMBUATKAN AKU LEBIH DEKAT PADAMU DAN LEBIH POSITIFKAN DIRI. TERIMA KASIH KERNA RINDU PADA HAMBAMU INI...KERNA AKU JUA SANGAT LA MERINDUIMU YA ALLAH...

TERIMA KASIH ATAS UJIAN YANG DI BERI...AKU BERSYUKUR AAS UJIAN YG DI BERI...DEK KERNA UJIAN INI, AKU LEBIH MERINTIH, MERAYU DAN BERSUJUD PADA MU YA ALLAH..SUNGGUH TERASA DEKAT LA AKU PADAMU YA ALLAH...TIADA LA KATA2 YANG DAPAT AKU UNGKAPKAN LAGI...

TERIMAKASIH KERNA MEMAKBULKAN DOA AKU SEBAGAI HAMBA MU INI YA ALLAH, SEDIKIT DEMI SEDIKIT....


p/s: khamis ni repeat jumpe doc kat wad untuk tgk progress mirza firash ..lepas tu bulan 5 untuk jumpe pakar paeds...